Quantcast
Channel: SHAHADA FAUZI | Personal & Lifestyle Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 249

Bintang Hati :: Detik Melahirkan TMFS

$
0
0
Assalamualaikum. Hai!


Diam tak diam dah 7 bulan lebih berlalu detik melahirkan si bintang hati, baby TMFS. Tapi sampai hari ni pun aku masih tak boleh lupa dan tak mungkin akan lupa saat tu. Mahu tak nye, dah sampai masa nye pun tak tau lagi tanda-tanda nak beranak. Blur tahap tertinggi. Hahahaha.


Sepatutnye budak kecit ni keluar lagi 4 hari kalau ikut EDD. Tapi die semangat nak keluar awal gamaknye kot. Jadinye pada hari kejadian tu, die pun bagi hint kat mak die yang super blur ni yang die dah tak sabar sangat nak keluar sampai dah terberak dalam perot maknye. Tssskkk. 


Pagi tu, errr...takde la pagi sangat (hehe) dalam pukul sebelas lebih lepas aku sarapan roti teloq, tetibe rasa nak terkensi tak tertahan-tahan. Masa tu blur sangat. Tak pasti adakah apa yang aku lihat masa tu tanda nak bersalin. Semua perasaan ada masa tu. Bercampur baur. Nervous, happy, blur, konpius. Sebabnya aku tumpah darah dan air ketuban dah keluar sikit. Tapi tak sakit langsung pun. Mujur ada biras yang kerja nurse, baru jugak sebulan bersalin balik berpantang kat sini. Terus die suruh pergi check sepital dulu walaupun tak sakit sebab air ketuban macam kuning nak hijau tanda macam baby dah berak.


Sampai je sepital berdekatan, nak check jalan terus menderu air ketuban keluar dan kompom beliau dah memberakkan diri dalam perot. Sabo je la. Terus kena refer sepital kat Kuala Terengganu. Sebab sepital dekat rumah ni takde pakar. Merasa la aku naik ambulan. Boleh terberanak dalam tu sebab punya laju dan tak boleh nak duduk. Terlompat-lompat. Aku tak baring sebab tak rasa sakit pun masa tu. Dah sampai sepital baru baring. Merasa la kena tolak pastu jadi tumpuan ramai. Haha. Malu gilos!


Masuk labour room dalam pukul 1 petang kot. Tunggu encik CH sampai dari tempat kerja, terbaring le sorang-sorang. Dengar orang sebelah meneran, laki die yang over terjerit-jerit bagi semangat. Berdebar rasa hati. Mana laki aku tak sampai-sampai lagi ni. Haha. Aku bertapa dalam labour room tu lebih kurang 6 jam. Nurse yang jaga aku kata aku nampak cool je tahan sakit. Padahal memang tak sakit pun. Pukul 8 malam baru rasa sakit yang teramat sangat tak tau nak habaq lagu mana rasa dia. 


Teran teran tak mau keluaq. Sampai dah tak larat nak teran. Last-last emergency kena tolak masuk operation room. Sampai situ rasa lagi sekali sakit yang macam nak terkeluar segala isi perut. Cuba lagi teran. Doktor kata dah nampak kepala baby. Jalan dah 8cm pun. Kalau aku push betol-betol memang selamat dah. Tapi apakan daya memang dah tak mampu dan tak berdaya. Akhirnya aku pun kena bedah. Reason bedah :  Fetal distress dan MMSL (baby dah berak dalam perot).





Merasa la aku 2 kali sakit. Huhu. Sakit contraction dengan sakit kena ceaser. Demimu anakku. Ada yang bertanya kenapa tak beranak normal? Kenapa bedah? Tu cheq dah habaq dah kat ataih secara detail walaupun entri sebelum ni dah cerita sikit. Bukan tak cuba nak beranak normal. Dah cuba pun cuma bukan rezeki. 


Kalau ikutkan, baby dah berak dalam perot kena terus bedah je takde nye nak tunggu sakit contraction beranak normal. Tapi kes aku ni mungkin sebab aku makan pagi tu dan kalau nak bedah bukan ke perot takleh ade makanan. Kot. Mandai je aku. Hihi. Lagi satu mungkin tahap air ketuban aku tu tak serius lagi agaknye sebab warnanya kuning lagi belum hijau. Tu yang doktor pakar bagi tunggu untuk beranak normal. Lagipun i beranak kat sepital gomen uols. Normal birth is priority. Hehe. Tapi takde rezeki, beranak belah perot jugak aku akhirnya. Keluaq anak seketoi dengan berat 3.6kg. :P


Itulah alkisahnye detik nak melahirkan TMFS. Ceaser pun tak apelah. Janji sihat mak dengan anak. Bukan aku mintak. Mungkin itu rezeki Allah nak bagi. Mungkin jugak Allah perkenan doa aku untuk jaga aib aku. Bukan sebab aku tak mintak ampun kat suami, mak dan orang lain (awal-awal dah buat tau!). Bukan sebab mak tak doakan aku (mak mana yang tak nak doakan kesenangan anak dia dan doa mak mana yang tak mustajab). Bukan sebab aku tak amal doa,zikir,surah bagi mudah bersalin dan sebagainya. Ini semuanya REZEKI. Jangan nak pertikai sangat. Tak baik tau. Hihi.




Bisik bisik :: Aku pun dah sihat sekarang. Anak pun dah besar. Alhamdulillah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 249