Quantcast
Channel: SHAHADA FAUZI | Personal & Lifestyle Blogger
Viewing all 249 articles
Browse latest View live

Gajah Baring Balsamo Garlic Balm | Balm Bawang Putih Yang Memberi Keselesaan Untuk Seisi Keluarga

$
0
0
Assalamualaikum. Hai!


Sebenarnya lagi seminggu nak raya kami satu keluarga kena demam selsema dan batuk tahap nak terkeluar anak tekak. Hazab gila la jugak rasa. Ada 3 hari CikSha ponteng puasa. Huhu. Tak dapat la nak cukupkan puasa penuh sebulan macam yang diidam hati.

Lagi berapa nak habis puasa, si Gajah Baring ni pun sampai kat rumah. Kebetulan sangat. Masa tu turn anak-anak pulak yang kena demam selsema. Kesian tengok depa susah nak tidur sebab hidung tersumbat. Si Gajah Baring ni la yang jadi penyelamat masa tu bagi keselesaan kat depa untuk bernafas dan tidur dengan lena. Alhamdulillah.

Ni travel balik beraya kat Penang pun CikSha usung si Gajah Baring ni sekali. Sebab tahu dah kebiasaannya kalau jalan jejauh, nanti ada la yang tak sihat sebab mengadap aircond kereta dalam tempoh yang lama. Memang sungguh pun bagai dijangka. Hari kedua kat Penang, si encem Iman demam balik dan hidung tersumbat. Nafas tak selesa. Sekali lagi si Gajah Baring jadi hero. Tenkiu Gajah Baring!



Apa Dia Si Gajah Baring Yang CikSha Duk Sebut Ni?


Sebenarnya si Gajah Baring ni minyak bawang putih yang diinovasikan jadi balm. Bagus kan? Bijak betul yang cipta produk ni ha. Dah tak perlu kita susah payah nak buat sendiri minyak bawang putih. Renyah oi. CikSha tau la sebab memang duk rajin buat sendiri minyak bawang putih ni bila anak-anak tak sihat. Dah la tak boleh simpan lama. Kena rajin buat yang baru pulak tu.

Kiranya Garlic Balm ni produk special yang kena ada la dalam first aid kit famili. Berguna sangat tau. Memang tak rugi ada dalam simpanan. Ni mak CikSha dah request nak satu. Siap order nanti balik Penang sekali lagi bawak mai satu kat dia. Dia duk ingat CikSha jual Gajah Baring ni la tu rasanya. Haha.


Keistimewaan Gajah Baring Garlic Balm


Fungsi utama Garlic Balm macam pengganti minyak la nak buat urutan kasih sayang kat yang tersayang bila perlu. Tapi boleh guna jugak time emergency. Contoh nya macam perut rasa sebu ke, hidung rasa tak selesa nak bernafas ke, memang sesuai sangat guna Garlic Balm. Ambik sikit, calit kat kawasan berkenaan dan urut perlahan-lahan. Nanti lega la.

Macam minyak kan kita tahu bila lepas urut rasa lekit berminyak je kulit. Kalau balm ni takde rasa macam tu. Sapu-sapu hilang. Cuma tinggal bau je la. Bau bawang putih kan kuat. Hihi. Tapi kejap je bau menyengat bawang putih tu. Nanti bau dia hilang tetiba. Tak lekat lama pun. Sungguh tau!

Selain tu, Garlic Balm elok sangat guna kalau kulit kering. Dapat bantu melembabkan kulit yang ada masalah kering tu.




Yang best nya, Garlic Balm ni tahan lama dan boleh guna sampai 12 bulan bila dah buka botol dia.  Lagi satu balm kan solid bukan cecair, jadi takda la risiko tumpah. Letak pi la tunggang terbalik macam mana pun dalam simpanan. Kompom selamat takde masalah tumpah-tumpah ni.


Sesuai digunakan untuk semua peringkat umur dari baby sampai warga emas. Takde masalah sebab bahan yang ada dalam balm ni natural. Bebas dari bahan kimia berbahaya dan essential oil. Jadi takde kesan sampingan jangka panjang. Tapi kalau takut kulit tak serasi, boleh la buat test patch dulu. Sebab ada kulit anak-anak yang tak serasi dan sensitif dengan bawang putih. Test dulu sikit-sikit ok! Kalau serasi, guna je dengan gembira bila-bila masa. Hihi.


Bahan-bahan dalam garlic balm gajah baring balsomo:
  • Extra virgin oil - membantu melembapkan dan mengurangkan keradangan yang terjadi pada kulit.
  • Sunflower oil & vitamin E - membantu memelihara lapisan kulit daripada pencemaran dan kekurangan lembapan badan.
  • Garlic - tumbuhan istimewa yang banyak manfaat membantu memberi NAFAS SELESA.
  • Beeswax - memiliki sifat anti-inflamasi, anti-bakteria dan anti-virus sehingga dapat dimanfaatkan untuk membantu masalah iritasi kulit ringan.

Pengalaman Sendiri Guna Garlic Balm


Kan baru-baru ni kami sekeluarga kena demam selsema lepas tu masa nak tidur rasa tak selesa nak bernafas. Paling kesian anak-anak la. Selalu memang duk buat sendiri je minyak bawang putih. Tapi bila dah ada Garlic Balm ni lagi mudah kerja kami. Calitkan je terus Garlic Balm kat hidung, dada, belakang badan dengan tapak kaki anak-anak lepas tu urut tempat kena calit tu pelan-pelan. Memang membantu sangat la Garlic Balm ni beri nafas selesa kat anak-anak masa tidur.

Raya ni pulak CikSha hangpa ni makan tak ingat doniaaaa. Jadinye, kena la hadap perot sebu. Sekali tak tahan dah sangat tapi cari minyak angin tak jumpa, sebat je Garlic Balm ni sebab ada depan mata. Sapu kat perut dengan belakang badan, tak lama lepas tu angin depus-depus keluar takde amaran dah. Rasa lega gilaaaa bila dapat keluarkan angin tu. Kurang sikit rasa sebu yang tak selesa tu.

Memang hero betul la si Gajah Baring ni!





Jom Dapatkan Garlic Balm Gajah Baring Balsamo!


Oh..lupa nak bagitau. Garlic Balm ni diedarkan oleh ARS PURE SOLUTION. Sekarang ni ada promosi tau. Cuma RM29.90 tidak termasuk kos pos RM8.00sm, RM12.00ss. Kalau tak, harga asal RM45sm / RM50ss.

Yang best tu dapat free gift termometer comel gila untuk setiap pembelian yang terawal. Cepat-cepat grab ok! Boleh contact 018-766 5694.

Untuk maklumat lanjut, pi skodeng link kat bawah ni:

BLOG : http://garlicbalmbalsamo.blogspot.com
FACEBOOK : Gajah Baring HQ (Garlic Balm)
INSTAGRAM : gajahbaring_hq


 Bisik-bisik :: Dah ada benda mudah, buat apa menyusahkan diri. Gituuuu. Hihi.

Cerita Raya 2019 | Gathering Raya Blogger Ganu

$
0
0
Assalamualaikum. Hai!


Hangpa tengok CikSha hangpa. Raya dah berkurun habes oi baru terhegeh nak update pasal raya. Hihi. Ampunkan daku yang selalu sangat bajet bizi kalah menteri ni. Maklum le suriromah yang ada anak kecik lagi. Kalau depa dah sekolah mungkin la ada masa terluang sikit gamaknye. Sekarang ni terhad sikit.


Sejak aktif balik dengan dunia blog ni, CikSha ada la join satu komuniti blogger. Saja nak meluaskan network. Kalau tak sebelum ni CikSha lone ranger je. Memandangkan duduk area Pantai Timur, jadinya menjebakkan diri dengan komuniti blogger bahagian pantai timur la. Ada CikSha pernah update pasal Komuniti Blogger ni dulu kat entri ni Komuniti Blogger Terbaik | Team Blogger Pantai Timur. 


Team Blogger Pantai Timur ni network dia luas sikit. Ada blogger yang berasal dari pantai timur tapi menetap kat negeri lain dan ada yang berasal dari negeri lain tapi menetap kat pantai timur macam CikSha. Mengumpulkan blogger dari Kelantan, Terengganu dan Pahang. Jadi ramainya blogger yang CikSha tak pernah kenal sebelum ni CikSha dapat berkenalan dalam komuniti blogger ni. Ada yang pernah berjumpa face to face pun.




Cerita pasal Gathering Raya Blogger Ganu ni, macam satu inisiatif untuk kumpulkan Blogger dari Terengganu. Saja nak berkenalan dengan lebih mesra secara bertentang mata gitu. Duduk satu negeri kan. Wojib la berkenalan. Ada job boleh la sharing is caring. Hihi. Lagipun ada yang bukan ahli Team BPT.  Depa lebih selesa lone ranger.


Tapi kami semua sebenarnya pernah berjumpa dalam eventKarnival Kewangan Terengganu. Kiranya gathering raya ni macam nak merapatkan lagi silaturrahim. Ye la, masa pergi event mana sempat nak beramah mesra. Tengah 'kerja' kan. So, bila buat perjumpaan macam ni boleh la sembang tak ingat dunia.



Gathering Raya kali ni dapat kumpulkan 5 blogger yang cun melecun semuanya. Aiseh! Kak Zura, Kak Huda, Gee, Dedeq dan opkoz la CikSha sendiri. Best sangat dapat raya sesama. Tambah-tambah suami memasing support bini depa nak gather-gather ni. Terbaik sangat tau. Ni yang buat kite sayang berganda-ganda kat cik abe kecintaan hati. Hihi.


Menu raya kami potluck je. Tapi menu berat tuan rumah, Kak Huda yang sediakan. Menu dari Johor tau. First time CikSha makan nasi beringin. Mee bandung dah biasa dah makan. Sedap menu dari tuan rumah. Kak Zura bawa bihun goreng tomyam. Bertambah iols makan bihun. Fevret katakan. Hihi. Gee bawak kuih nona manis air tangan jiran katanya. Dedeq pulak bawak apam polkadot. CikSha sendiri bawak Kek Batik Moist Special.




Tu baru 5 orang yang sedia menu memasing. Kalau ramai jenuh pulun nak makan. Hihi. Tuan rumah pun memahami sangat. Siap sediakan bekas untuk kami tapau mana-mana makanan yang tak larat nak habiskan. CikSha tapau semua sekali kecuali kek batik sendiri. Hangpa tengok pompuan muka tak tau malu ni. Hahaha. Rezeki jangan ditolak hokay!


Alhamdulillah. Gathering kali ni walaupun 5 blogger je dapat join, dah riuh rendah dan meriah sangat. Semoga silaturahim yang terjalin ni akan kekal erat dan berpanjangan sampai bila-bila. InsyaAllah bulan 8 nanti nak buat lagi gathering. Rancangnya nak celebrate baby Ogos. Termasuk diri sendiri le tu. Sibuk jugak tu nak menyelit. Hihi.


Bisik-bisik :: Makin ramai dah kawan baru CikSha kat Ganu ni.

Jualan Buku Big Bad Wolf Kembali Ke ‘Negeri Santuari Penyu’ Dengan Diskaun Buku 75% Hingga 95%

$
0
0
Jualan Buku Big Bad Wolf  bakal tiba di Terengganu untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia dan memperkasakan mereka dengan ilmu pengetahuan menerusi pembacaan


Terengganu, 6 OGOS 2019– Jualan Buku Terbesar di Dunia, Jualan Buku Big Bad Wolf bakal singgah di Terengganu dengan  pilihan buku yang meluas. Jualan Buku selama 11 hari ini akan bermula pada 8 hingga 19 Ogos 2019, mulai jam 10:00 pagi hingga jam 12:00 tengah malam kecuali pada 11 Ogos di mana Jualan Buku Big Bad Wolf akan ditutup sempena Hari Raya Aidiladha. Jualan Buku berkenaan akan diadakan di Mydin Mall, Gong Badak, Terengganu dan kemasukan adalah PERCUMA!


Jualan Buku Big Bad Wolf menawarkan buku-buku dalam Bahasa Melayu serta Inggeris merangkumi pelbagai genre. Para pembaca boleh mendapatkan judul-judul terlaris, novel remaja, sains fiksyen thriller, perniagaan, seni bina, kesenian dan reka bentuk, buku masakan, buku kanak-kanak dan banyak lagi. Oleh itu, bawa bersama rakan-rakan serta keluarga anda untuk mencari buku kegemaran anda.






Ibu bapa juga pasti akan gembira apabila menemui Buku Ajaib yang digabungkan dengan teknologi Augmented Reality (AR) di Jualan Buku Big Bad Wolf Terengganu. Dikenali sebagai pengedar terbesar serta eksklusif Buku Ajaib, ibu bapa boleh menemui pelbagai kisah klasik kanak-kanak seperti Cinderella, Little Red Riding Hood, dan Goldilocks and the Three Bears atau buku-buku pendidikan seperti Let’s Learn Counting dan Let’s Learn ABC di Jualan Buku berkenaan. Kanak-kanak boleh membaca, bermain dan belajar dengan Buku Ajaib ini kerana ia menggunakan teknologi AR yang serba canggih bagi merevolusikan pembacaan untuk si manja anda.


“Kita tidak boleh menafikan bahawa teknologi memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Buku Ajaib menggabungkan pembacaan dan keupayaannya ‘menghidupkan’ cerita yang membolehkan kanak-kanak mengalami keajaiban melihat watak kegemaran mereka bercakap dan berinteraksi dengan mereka. Ini menjadikan pembacaan dan pembelajaran sebagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan,” kata Pengasas Big Bad Wolf Books, Andrew Yap.


Terdapat beraneka pilihan buku di Jualan Buku Big Bad Wolf dan para pelanggan boleh mendapatkan buku-buku terkenal terbitan Karangkraf PTS, Kualiti Books, serta buku-buku pendidikan daripada Pernerbitan Pelangi dan Sasbadi pada harga yang berpatutan. Terdapat juga pelbagai pilihan novel-novel kontemporari Malaysia oleh Buku Fixi, The Patriots, Iman Publication dan banyak lagi di Jualan Buku berkenaan. Para pengunjung boleh memilih daripada kira-kira 8,000 buku yang terdiri daripada pelbagai genre seperti buku rujukan, novel, buku fiksyen, buku bukan fiksyen, keagamaan dan banyak lagi buku terbitan penerbit tempatan. Di sepanjang tempoh Jualan Buku Big Bad Wolf ini, para pelanggan juga boleh membeli  lencana, magnet, kemeja-t dan pelbagai barangan Big Bad Wolf Books yang lain.




Dalam usaha mencapai matlamat untuk berbakti kepada masyarakat dan memastikan semua orang memiliki sebuah buku, sayap Tanggungjawab Sosial Korporat Big Bad Wolf Books bernama Red Readerhood, telah menjalinkan kerjasama dengan 2 pertubuhan-tanpa-untung iaitu Pertubuhan Insan Masyarakat (Prisma Society) dan Bukan Kerna Nama. Pertubuhan Insan Masyarakat (Prisma) merupakan sebuah pertubuhan yang menyasarkan untuk memberikan bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara, dan buku yang dikumpulkan adalah untuk perpustakaan bergerak mereka. Bukan Kerna Nama pula menyasarkan untuk membantu keluarga yang memerlukan di mana buku-buku yang berjaya dikumpul akan diberikan kepada kanak-kanak kurang berkemampuan di bawah jagaan mereka. Big Bad Wolf Books  berikrar untuk menyumbangkan 200 naskah buku bagi tujuan berkenaan. Orang ramai juga boleh memainkan peranan dalam mengubah kehidupan mereka yang memerlukan dengan menyumbang buku yang dibeli di sudut Red Readerhood.


Jualan Buku Big Bad Wolf menyasarkan untuk menjelajah ke 10 negeri di Malaysia sempena Ulang Tahunnya yang ke-10. Jualan Buku ini telah pun berkunjung ke Pahang, Johor, Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, dan akan ke Perak serta negeri-negeri lain dalam beberapa bulan yang akan datang. Dalam tempoh sedekad yang lalu, Jualan Buku Big Bad Wolf juga menjelajah ke luar negara seperti Myanmar, Indonesia, Pakistan, Filipina, Thailand, Sri Lanka, Emiriah Arab Bersatu, Korea dan Taiwan.


Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Jualan Buku berkenaan, sila ikuti Jualan Buku Big Bad Wolf dalam platform media sosial berikut:
Facebook: www.facebook.com/bbwbooks/
Instagram: www.instagram.com/bigbadwolfbooks


Maklumat Acara:
Big Bad Wolf Terengganu 2019
Lokasi: Mydin Mall Gong Badak, Terengganu
Tempoh Jualan: 8 hingga 19 Ogos 2019 (Kecuali 11 Ogos, Hari Raya Haji)
Masa: 10:00 pagi hingga 12:00 tengah malam
Masuk adalah PERCUMA!

Cetak pelbagai produk custom made dengan mudah di custom.my

$
0
0
Assalamualaikum. Hai!


CikSha baru siap skodeng satu laman web ni. Teruja betul tengok bermacam produk yang syarikat ni boleh cetak dengan hasil design dari kita sendiri. Best nya. CikSha kan spesis suka benda yang kreatif cam gini. Habis semua jenis produk yang dia tawarkan CikSha belek satu persatu. Menarik sangat!


Tetiba timbul idea nak custom made design produk sendiri lepas tu hantar kat depa untuk cetak kemudian kita jual! Hihi. Berangannye pompuan ni ha. Bisnes online yang duk buat berniaga ceklat dengan krim awet muda tu pun tunggang langgang lagi. Ada hati tu nak tambah bisnes lain. Bagi hasil kepok kepok dulu bisnes online hang tu na CikSha. Yang angan-angan ni kita realisasikan kemudian.


Tapi kan, CikSha memang recommend sangat la korang untuk skodeng web ni jugak. Sebab apa tau? Dah tentulah sebab berbaloi sangat dengan servis dan produk yang depa hasilkan. Misal kata korang plan nak buat family reunion, lepas tu nak buat t-shirt sedondon untuk semua, kat custom.my boleh buatkan t-shirt family reunion korang jugak tau.


Dah tak payah susah-susah nak pergi menapak survey satu persatu kedai percetakan yang boleh buat ke tak. Jenuh jugak tu. Kat custom.my tu masukkan je design yang korang dah custom made, confirm order, nanti tunggu je produk siap sampai depan rumah. Mudah kan? Jimat masa, tenaga dan juga duit minyak nak pergi survey kedai tu. Kita klik-klik depan komputer je zaman canggih manggih ni.


Homepage custom.my

Kelebihan Mencetak di Custom.My 


One of the best reason kenapa custom.my adalah pilihan yang terbaik sudah tentulah sebab servis yang diberikan. CikSha jamin servis custom.my ni tip top punya. Lagi satu, company ni dah 5 tahun beroperasi dan memang pakar dalam menyediakan servis percetakan fesyen dan aksesori secara atas talian. Yang lagi best tu sebab kita boleh custom made design sendiri dan serahkan untuk depa cetak je. Cantik ke hodoh ke design kita, yang penting kena dengan citarasa kita. Gituuu. Hihi.


Pelbagai jenis pilihan produk mengikut kategori
 

Mencetak Lebih 100 Jenis Produk

Yang paling menarik di custom.my ni, kita boleh buat pelbagai jenis cenderamata custom made jugak tau. Depa bukan terer cetak t-shirt je. Produk lain pun depa boleh buat untuk memenuhi permintaan kita. Ada lebih dari 100 jenis produk yang kita boleh pilih untuk dijadikan hadiah atau cenderamata. Pilih produk yang ada, hantar design je nanti depa cetak.

Jom tengok senarai kat bawah ni produk apa yang berkenan di hati selain t-shirt untuk korang jadikan pilihan cenderamata event yang nak dibuat.
  • Jacket & Hoodie
  • Sportswear
  • Men's Fashion
  • Women's Fashion
  • Kids & Babies Accessories
  • Accessories
  • Bag
  • Pouch
  • Home Decoration
  • Hat (Topi)
  • Sticker/Marketing Material
  • Print Kain
Menarik kan? Yang tersenarai kat atas ni, dalam dia ada berderet lagi senarai pilihan. Jacket & hoodie tu saja dah ada 11 pilihan tau. Rambang mata nak pilih.

Ni selain buat cenderamata untuk majlis, nak buat produk sendiri untuk jual pun boleh tau. Banyak sangat yang kita boleh jadikan produk kita macam tudung, nursing cover, atau pelbagai jenis beg. Hantar design dan cetak dengan custom.my, dah dapat produk kita jual! Haaa, business minded tak CikSha hangpa? Hihi.

Antara pilihan produk dalam kategori BEG

Servis Yang Tip Top

Custom.my dah beri jaminan yang depa akan bagi servis terbaik dan pantas untuk kepuasan hati pelanggan. Paling lama order nak disiapkan dalam masa 10 hari bekerja (Isnin-Jumaat). Kalau order banyak pun depa akan usahakan untuk siapkan secepat yang mungkin dan tak delay lama-lama. Bagus bila depa dah declare camni. Baru la tak timbul isu dan komplen pasal servis dari pelanggan.

Tiada Minimum Order

CikSha rasa yang ni memang paling pelanggan nak sangat. Tiada minimum order. Terpulang atas kita nak order banyak mana yang kita perlukan. Walaupun sehelai untuk kita sendiri je pun boleh tau. Nak order bebanyak lagi la boleh. Haa, kan best camtu.

Klik sini untuk maklumat lanjut tentang cara nak buat tempahan

Reputasi Yang Terbaik

Custom.my mempunyai reputasi yang baik dan sangat dipercayai oleh kebanyakan pelanggan. Kiranya memang terbaik sangat custom.my ni. Lagipun dah banyak syarikat dan tempat pengajian yang menggunakan khidmat percetakan daripada custom.my. Antaranya adalah :
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)
  • Universiti Selangor (UNISEL)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Kolej PolyTech Mara (KPTM) 
  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  • iFlix
  • CIMB Foundation
  • Thunder Print
  • Movie Animation Park Studio (MAPS)

Ni baru yang jerung-jerung. Yang kecil dah tentulah lagi berlambak yang jadi pelanggan custom.my. Betul tak?

Antara clients custom.my

Tempah Produk Custom Made Anda di Custom.My Sekarang!


Custom.my menyediakan servis percetakan secara online yang terbaik tau. Memang kepakaran depa dah tu. Rugi kalau tak order dengan custom.my. Kalau tempat bekerja hangpa ada nak buat event apa-apa ke, bodek la bos hangpa untuk buat tempahan dengan custom.my. Kalau hangpa sendiri nak berniaga produk eksklusif hasil design hangpa pun boleh je cetak dengan custom.my. Berbaloi sangat!


Sebelum decide nak buat tempahan, boleh la skodeng dulu servis dan hasil kerja custom.my kat laman sosial depa seperti yang tertera di bawah.
    LAMAN WEB : Custom.My
    FACEBOOK : Custom.My 
    INSTAGRAM : Custom.My
    TWITTER : Custom.My

    Kena sentiasa alert tau. Custom.my selalu je update perkembangan bisnes depa kat setiap laman sosial depa ni. Kalau tak nak terlepas diskaun dan offer hebat daripada custom.my kena rajin-rajin skodeng depa punya laman sosial tau. Mana la nak tau kot masa depa buat offer tu kena pulak dengan tarikh special hangpa ke, event hangpa nak anjurkan ke. Dapat buat tempahan dengan harga jimat terlajak. Kan berbaloi-baloi tu.


    Bisik-bisik :: CikSha dah rambang mata ni oiiii!

    Kelas Renang Muslimah Dengan SwimRush Academy

    $
    0
    0
    Assalamualaikum. Hai!


    Siapa pembaca blog CikSha ni yang memang terer gila berenang? CikSha tabik spring la. Sebab diri ni sendiri tak reti nak berenang oi. Entah la. Macam takda keberanian nak jadi 'ikan'. Hahaha.


    Bestnya kalau pandai berenang kan? CikSha sebenarnya teringin nak belajar berenang sebab asyik kena perli je dengan encik CH tiap kali pi mandi manda. Maklum le asal dia ajak masuk air bini dia ni mesti takmau. Sanggup tercongok kat tepi tengok dia dan anak-anak je mandi manda. CikSha main air kat gigi air je mampu. Bukannya apa, CikSha ni spesis penakut sikit. Sebab asal masuk dalam air yang dalam je kaki ni mesti tetiba je nak kejang. Tak bagi kerjasama langsung. 😆



    Jelesnyaaaa. Nak belajar berenang jugak! 


    Sebenarnya kan, bagus tau kalau pandai berenang ni. Salah satu skill hidup yang sepatutnya kita semua kena cuba kuasai. Lagipun tu salah satu sunnah Nabi S.A.W. InsyaAllah CikSha pun akan cuba buang rasa takut untuk belajar berenang. I must try! Kena cabar diri sendiri.


    Tapi tu la, kat Terengganu ni CikSha tak tahu ada ke tak kelas renang untuk muslimah. Rasa macam tak pernah lagi dengar kat mana-mana ada anjurkan. Nampak gaya kena belajar dengan encik CH je la kot. Testing kat dalam kolam awam je dulu. Hihi.




    Kelas Renang Muslimah Di Kuala Lumpur dan Selangor


    Yang bestnya untuk geng seangkatan CikSha yang tinggal sekitar KL dan Selangor, korang boleh belajar berenang dekat kelas renang muslimah dengan SwimRush Academy. Untungnyaaaa. Ada kelas khas tu. Tak payah nak segan-segan lagi nak belajar berenang. Dah la dorang ada sediakan kelas pada hujung minggu dan lepas waktu bekerja. Memahami sangat kan?


    SwimRush Academy ni bukan ajar teknik berenang yang basic je tau, dorang ada juga ajar teknik nak bagi diri kita ni tak takut dengan air (water confidence) dan skill nak survive kalau jadi perkara tak terduga (water survival). Spesis macam CikSha yang penakut air dalam ni memang patut sangat le belajar skill water confidence tu. Hihi. Ye la, kalau takde confidence camna nak terer berenang, kan?




    Lagi satu, dengan SwimRush Academy ni kalau kita yang ada keinginan nak belajar menyelam pun boleh. Dorang akan ajar sampai pandai. Bagus kan? Nanti kalau pergi cuti-cuti kat kepulauan yang indah-indah kat Malaysia ni macam kat Pulau Redang tu, boleh la turun menyelam dengan penuh bergaya say hi hi kat ikan-ikan. Takde la macam orang yang nama Shahada tu sanggup tercongok je atas bot tengok orang lain menyelam. Haha.


    SwimRush Academy ni kelas dia macam flexible tau. Tak stick kat satu tempat je. Dorang buat kelas renang untuk muslimah ni secara awam kat 4 tempat sekitar KL dan Selangor. Ada 4 cawangan untuk kelas renang ni yang dibuat secara tertutup di :
    Batu Caves : Kompleks Renang Seri Siantan
    Bangsar : Jalan Turi Bukit Bandaraya
    Cheras : Komples Sukan Desa Tasik
    Shah Alam Seksyen 14



    Boleh check jadual kat gambar kelas yang CikSha tempek sekali tu tau. Untuk kelas renang muslimah, jadual yang kaler dark orange tu ok. Haa, senang la nak set masa nak pergi belajar berenang bila. Nak pergi hujung minggu boleh, nak pergi lepas waktu bekerja pun boleh jugak.


    Tapi kalau kat rumah ada kolam renang, nak belajar secara privatepun dorang provide jugak tau servis kelas renang di rumah tanpa cas pengangkutan. Bayar servis dorang ajar berenang je. Konsep dia HOME TO HOME BASIS gitu. Lagi best camtu kan? Takde la malu dengan student lain memula nak belajar berenang ni. Kot tetiba terberenang katak je kan. Malu dengan coach yang ajar je la. Hihi.


    Kelas renang untuk kanak-kanak pun ada tau


    Lupa nak bagitau yang selain kelas renang untuk muslimah, SwimRush Academy ada pakej kelas renang untuk kanak-kanak jugak tau. Seawal umur 5 tahun dah boleh join kelas ni. So, gegirls yang ada anak kecik boleh ambik kelas yang ada jadual serentak kalau nak belajar berenang sama-sama dengan anak.


    Bab tenaga pengajar tak payah risau sangat. Dah tentu la coach dorang memang pakar. Yang paling best tu, hanya coach wanita je untuk pelajar wanita tau. Nama pun kelas renang muslimah. Mesti la dia jaga batas aurat semua. Terbaik kan servis SwimRush Academy ni. So ladies, jangan lepaskan peluang tau. Cepat daftar kelas renang dengan SwimRush Academy!


    Info lanjut korang boleh skodeng kat link ni ok!
    WEB : SwimRush Academy
    FACEBOOK : SwimRush
    INSTAGRAM : swim.rush


    Bisik-bisik :: CikSha ni berenang katak pun tak pandai tau. Kesian betul.


    Tips Jagaan Rambut Berkelemumur

    $
    0
    0
    Assalamualaikum. Hai!


    Mesti rimas kan kalau ada kelemumur ni. Gataiiii je kepala. Macam ada kutu duk main bola atas kepala bila mai rasa gatal tu. Kan? CikSha tahu le sebab pernah jugak merasa ada kelemumur duk bertapa atas kepala. Tambah bila tetiba mai gatai tu bila duk pakai tudung. Tak best sangat!


    Yang paling seram tu, bila garu kepala saat gatai datang menyerang tu, berkeping-keping kelemumur jatuh macam salji. Kalau pakai baju gelap, nampak la 'salji-salji' tu duk landing baik punya atas bahu. Eeee, kalau orang ternampak tu mesti riak muka dia macam geli gitu kan? Langsung tak best!


    carian google

    Punca Kelemumur Boleh Terjadi


    Macam mana kepala kita boleh ada kelemumur? Sebenarnya banyak jugak punca yang boleh sebabkan kelemumur bermaharajalela atas kepala. Antaranya seperti kulit kepala kering, syampu yang tak sesuai dengan keadaan kulit kepala, penjagaan rambut yang tak rapi, stress, pemakanan dan juga cuaca.

    • Kulit kepala kering
              Selalunya yang ni la punca utama kelemumur boleh terjadi tau. Sebabnya kulit kepala gagal
              hasilkan sebum(minyak) semulajadi yang melindungi kelembapan kulit kepala.
    • Syampu tak sesuai
              Pemakaian syampu yang tak sesuai dengan keadaan rambut dan kulit kepala pun boleh   
              menyebabkan kelemumur terjadi. Dah masalah sebenar rambutnye tu rambut kering
              kontang keras kejung ngerbang macam rambut kak limah. Tapi ditibainye pakai syampu
              untuk masalah rambut gugur. Kan tak sesuai tu.
    • Penjagaan rambut yang tak rapi
              Malas basuh rambut. Errr..ni CikSha dedulu. Kantoi. Hihi. Tu pasal ada kelemumur tu. Dulu
              masa zaman bujang kan, pepagi memang CikSha tak basuh rambut sebab nanti nak pakai
              tudung pergi kerja. Ai is tak suka pakai tudung rambut basah-basah. Nanti rambut bau kepam.
              Balik kerja baru CikSha akan mandi basuh rambut. Sehari sekali je rambut ai mandi uols.
              Haha. Tapi itu dulu la. Sekarang tak dah. Rajin sangat sekarang ni mandi basuh rambut. Hihi.
    • Stress
              Haaa, tahu tak, kalau kita stress pun boleh buat kelemumur ni bertapa dengan gembira
              atas kepala tau. Bila kita stress kan semua kat badan pun boleh jadi kacau bilau. Kulit kepala
              pun tak terlepas jugak la. Stress> sistem badan 'pening'> kulit kepala kering > kelemumur.
              Logik kan?
    • Pemakanan
              Kalau nak elakkan kelemumur ni jadi, pastikan jaga diet pemakanan. Diet yang seimbang akan
              bagi nutrien yang cukup untuk kesihatan kulit kepala.
    • Cuaca
              Cuaca yang panas, boleh buat kulit kepala kita kering jugak tau. Tambah yang tak pakai
              tudung tu, direct je kena cahaya matahari. Kalau yang pakai tudung pulak, kulit kepala
              macam 'terkurung' gitu boleh sebabkan jugak haba terperangkap kat dalam tu.


    carian google

    Cara Semulajadi Atasi Kelemumur


    Meh CikSha kongsi 2 bahan semulajadi yang mudah nak dapat untuk cuba 'rawat' masalah kelemumur ni. Yang pasti bau dia best dan segar. Guna limau nipis dan lemon je. Cuba ok!

    Cara-cara nya :
    • Perah jus limau nipis/lemon
    • Campurkan jus yang diperah tadi dengan air yang mencukupi
    • Sapukan pada rambut
    • Biarkan seketika untuk bagi 'sebati' dengan kulit kepala
    • Bilas dengan air bersih

    Cara Mudah 'Rawat' Masalah Kelemumur


    Eh? Ada ke cara mudah nak nyahkan si kelemumur yang tak best tu? Mestilah ada uols. Caranya ialah gunakan produk penjagaan rambut yang khas untuk atasi masalah kelemumur. Banyak jenama yang dah hasilkan produk yang membantu dalam mengatasi masalah kelemumur yang boleh buat kita stress ni tau. 


    Tapi yang paling best dan menjadi pilihan hati CikSha dah tentulah produk Safi Shayla. Pakar Rambut Wanita Bertudung kan tu. Memang ngam dengan jiwa CikSha sangat la. Kalau nak tahu, CikSha ni pencinta tegar produk Safi tau. Dari produk penjagaan kulit wajah, produk mandian sampai produk untuk rambut pun CikSha pilih Safi jugak. Safi Lovers gitu.


    Safi Shayla Anti Kelemumur


    Produk Safi Shayla untuk masalah kelemumur ni best tau. Ada minyak rambut anti-kelemumur, syampu dan masker. Dah la bau dia sedap gila. Wangiiiii. 


    Cara nak guna :
    1. Ratakan dulu minyak rambut anti-kelemumur dari hujung rambut hingga ke kulit kepala. Biar 3-5 minit.
    2. Pakai syampu anti-kelemumur Safi Shayla. Urut dan sebatikan dengan kulit kepala, lepas tu bilas sampai bersih.
    3. Ratakan pulak Masker Penyegar Kulit Kepala dan urut kulit kepala selama seminit kemudian bilas lagi sampai bersih.
    4. Siap! Rambut wangi, kulit kepala dah tak gatal dan bebas kelemumur. Yeayyy!



    Haa, korang cuba tau produk anti-kelemumur Safi Shayla ni. Serius best sangat! Tiga-tiga produk ni harganya berjumlah RM35.75 camtu. Dengan harga pembelian tu, korang boleh dapat 1 daripada 4 koleksi beg sling We Bear Bares tau. Comel! Promosi ni masih berjalan lagi sampai hujung bulan Ogos ni. Sempat lagi kalau nak grab. Cepat-cepat pergi shopping kat pasaraya yang terdekat ok. 


    Untuk matlumat lanjut, boleh skodeng link kat bawah ni ok.




    Bisik-bisik :: Bebaskan diri anda dari dibelenggu kelemumur!

    Restoran Menu Ala Thai Sedap Di Terengganu | D'Rumoh Pata

    $
    0
    0
    Assalamualaikum. Hai!


    31hb Ogos lepas, kami geng blogger Ganu buat gathering kali yang kedua. Biasa la. Bila dah sekali dapat gathering, rasa nak buat lagi berkali-kali. Hihi. Gathering pertama, masa hari raya hari tu. Baca > Cerita Raya 2019 | Gathering Raya Blogger Ganu<.  Masa raya tu lagi memang dah plan nak buat gathering lagi bulan Ogos ni. Itu yang bagi jadi jugak gathering yang kedua ni. Alhamdulillah Allah bagi izin kami bersua lagi.


    Alang-alang hari Merdeka, kami pun sambut sekali birthday blogger yang lahir bulan Ogos. Termasuk la diri sendiri jugak. Tenkiu kengkawan blogger Ganu. Happy sangat tau! Dah kertu pun dapat merasa lagi sambut birthday dengan kengkawan selain family tercinta.


    D'Rumoh Pata | Pilihan Blogger Ganu untuk Gathering


    Gathering kali ni bertambah lagi 2 orang blogger yang dapat join. Alhamdulillah. Seronok tau dapat berjumpa dan kumpul ramai-ramai secara santai camni. Kali ni lokasi pilihan nak berjimba huha huha kami pilih Restoran D'Rumoh Pata. Blogger Huda yang adjust semuanya dari lokasi, makanan sampai la kek birthday. Thanks Huda! Appreciate sangat usaha Huda yang bersungguh nak gathering kita menjadi.


    Ni first time tau CikSha jejak kaki kat restoran D'Rumoh Pata. Selalu duk dengar jugak orang cakap restoran ni best. Pemandangan cantik, makanan sedap. Memang betul la bagai yang dicanang orang tu. View sekitar restoran ni memang cantik sangat. Terletak betul-betul tepi pantai. View kat pantai tu, subhanallah memang cantikkkkkk sungguh. Nak melepak ambik gambar memang lawa port dia. Kalau nak tahu, boleh mandi manda jugak kat situ tau. Bersih pantainya.


    Blogger Ganu yang join gathering + birthday dinner. 💗

    Baby August yang diraikan.


    Kebetulan, sebenarnya tarikh 31hb Ogos tu tarikh istimewa untuk CikSha dan encik CH jugak. Ulangtahun perkahwinan kami. Tahun ni alhamdulillah dah tahun yang ke 6 buat kami. 'Muda' lagi usia perkahwinan nya. Masih banyak lagi nak 'belajar' bersama walaupun hakikatnya dah 14 tahun kenal. Ye la. Macam orang duk cakap. Masa belum kahwin bercinta lain caranya, dah kahwin cara bercintanya lain pulak. Hihi.


    So, gathering kali ni macam memori indah la untuk CikSha. Dapat sambut birthday dengan kengkawan blogger. Dapat bawak suami dan anak-anak pi makan-makan sambut anniversary. Tempat pulak best. CikSha recommend sangat restoran D'Rumoh Pata ni pada yang nak buat gathering atau sambut special event.Confirm tak menyesal.


    Gambar kenangan sempena wedding anniversary ke 6 tahun.

    Kesayangan hati CikSha.

    Pelbagai menu makanan sedap di Restoran D'Rumoh Pata


    Menu makanan yang kami makan hari tu memang sedap sangat. Antaranya siakap 3 rasa, kengsom siakap, kailan ikan masin, ayam goreng bawang putih, tulang goreng (menu signature) dan sup sayur udang. Menu untuk anak-anak pun boleh tahan sedap. Anak-anak dapat masakan panas (nasi goreng ayam, bihun goreng), western food (nugget ayam, fries, chicken chop, mushroom soup) dan satay ayam. Paling sedap satay. Teringat sampai hari ni kesedapan satay nya. Hari tu si encem Iman makan satay bercucuk-cucuk. Siap marah orang lain ambik. Dia nak makan sorang. Hihi.


    Padan la restoran D'Rumoh Pata ni sentiasa penuh je. Kena selera la orang kata. Menu ala Thai yang super delicious walaupun pedas sikit bagi orang yang tak tahan pedas. Teringat blogger DeqDeq duk kemain suap tak berhenti walaupun dia kata pedas Kengsom Siakap tu. Pedas tapi sedap katanya. Hihi. Comel je. Selain menu Thai, kat restoran D'Rumah Pata ni ada kiosk-kiosk menu lain macam western, satay, kambing bakar, waffle dan celup tepung. Banyak pilihan kan? Tu yang best tu.

    Kiosk makanan lain yang terdapat di restoran D'Rumoh Pata


    Antara menu makanan yang jadi santapan kami


    Nampak sedap kan? Terliur tak? Hihi. Tapi memang sedappppp sangat!

    Masa untuk makan!

    Kemudahan Yang Selesa di Restoran D'Rumoh Pata


    Restoran ni ada indoor dan outdoor tau. Ikut keselesaan kita nak melepak makan kat mana. Masa hari kejadian tu, kami pilih port makan outdoor. Mujur masa tu cuaca cantik sangat. Dapat la kami bersantai kat meja luar berhampiran dengan pantai. Syok oo makan sambil dengar deruan ombak dan kena tiupan angin laut. Asyikkk.
     

    Oh ya! Selain kemudahan tandas, ada satu lagi kemudahan yang memikat hati CikSha ni. Sebab tak perlu risau kalau tengah duk bersantai makan tu, tetiba masuk waktu solat. Di restoran D'Rumoh Pata ni ada sediakan surau yang bagi CikSha sangat selesa. Dah la lawa. Ini yang CikSha suka sangat dengan restoran yang ada sediakan kemudahan macam ni. Takde la pelanggan terkejar-kejar nak makan cepat-cepat sebab nak kejar waktu solat kena pi cari tempat solat lain. Me love it!


    Ruang makan indoor D'Rumoh Pata


    Ruang makan outdoor D'Rumoh Pata


    Surau D'Rumoh Pata yang cantik dan selesa


    InsyaAllah, ada rezeki CikSha mesti repeat pergi sini lagi walaupun sejam jugak dari rumah. Kami kan duk kat Kuala Berang. Demi makanan sedap ku rela tempuh perjalanan jauh. Aiseh. Hihi. Mana la tahu family dari Penang datang ke kan, boleh bawak depa pi dinner kat sini.


    Korang pun, kalau datang cuti-cuti kat Terengganu, masukkan dalam list nak makan malam kat restoran D'Rumoh Pata ni tau. Yang tinggal area kuala Terengganu, kalau ada plan nak sambut hari istimewa ke, gathering ke macam kami buat ni, boleh buat tempahan awal dengan pengurusan restoran ni ok.


    FacebookDRUMOHPATA83
    Instagramdrumoh_pata
    Telefon : 0169206940 / 0129848844
    Waktu Operasi: 5.00 Petang - 1.00 Pagi [setiap hari]
    Lokasi : Lot 8163, Kampung Tanjung Gelam, Mengabang Telipot, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu.



    Bisik-bisik :: Next plan nak gathering kat mana pulak geng?! Hihi.

    Kek Eksklusif Untuk Gathering & Birthday Dinner Blogger Ganu dari Dnialicious Cake House

    $
    0
    0
    Assalamualaikum. Hai!


    Ingat tak entri CikSha yang lepas CikSha kongsi pasal gathering + birthday dinner dengan geng blogger Ganu kat restoran D'Rumoh Pata? Baca >Restoran Menu Ala Thai Sedap Di Terengganu | D'Rumoh Pata<. Entri kali ni CikSha nak story pasal birthday pulak la sebab entri lepas tu cerita pasal makan-makan kat restoran je. Walaupun dah 12 hari berlalu peristiwa tu, kenangan manis haruslah dicoret untuk tatapan masa depan. Ewah.


    Sebenarnya kan, CikSha ni bukanlah peminat kek sangat. Tambah-tambah kek span dan krim. Memang kurang gemar. Rasa cepat muak. Tekak ni kalau spesis kek, cuma kek coklat yang pahit-pahit tak manis, brownies dengan kek batik biskut marie je boleh telan. Eksyen betoi anak tekak iols ni kannn. Hihi.

    KEK EKSKLUSIF DARI DNIALICIOUS

    Tapi yang anehnya, bila rasa je kek dari Dnialicious sempena birthday baby august blogger Ganu hari tu, SEDAP weh kek dia. Langsung tak muak. Megik betul. Tekak ni boleh terima kek span dan krim tetiba. Serius. Memang tak muak. CikSha berebut dengan abang Adan oi. Dia tanya mana kek. CikSha kata dah takda sebab semut hurung. Padahal semut tu mak dia la. Haha. Ampunkan omak wahai anak.


    Dah la rasa kek tu ngam dengan anak tekak CikSha. Deko kek pun menarik sangat. Hiasan kek tu dibuat menggunakan krim menyerupai bendera Malaysia tau. Ye la kan. Sempena hari Merdeka katakan. Lepas tu untuk gathering blogger Ganu yang awesome. Haruslah yang special dan lain dari yang lain. Gituuu.

    TAYANG LAGI MUKA BABY AUGUST. HIHI.

    Dnialicious Cake House | Kedai Kek Sedap Di Kuala Terengganu


    Sebenarnya kan, Dnialicious ni dah glamour dengan buatan kek nya yang sedap. Orang area Pasir Panjang Kuala Terengganu confirm dah tahu. CikSha ni je baru tahu sebab orang Koberang kan. Jauh sikit. Tu lambat tahu tu. Mujur la buat birthday dinner. Dapat la merasa kek sedap dari Dnialicious.


    Kalau nak tahu, Dnialicious ada pakej untuk pilihan kek yang bermacam jenis dan dah tentulah eksklusif. Tengok la macam kek birthday kami tu kan. Eksklusif sangat. Yang paling best, pilihan kek tu bersesuaian dengan bajet kita. Kek yang paling murah pun rasa dia tip top tau. Macam mana CikSha tahu? Dari blogger Sis Gee dan blogger Husniey yang berkongsi pengalaman mereka suka tempah kek dengan Dnialicious la.



    Pelbagai Pakej Kek Dari Dnialicious


    Meh cuci mata tengok pakej pilihan kek yang disediakan oleh Dnialicious. Harap bertabah ok. Kek nya ya ampunnn, melting nengoknye. Tu baru tengok gambar. Kalau dapat menikmati lagi meleleh kot. Hihi.

    KEK HIASAN KARTUN

    CUPCAKE UNTUK TUNANG/KAHWIN/BIRTHDAY

    KEK TINGKAT UNTUK MAJLIS KAHWIN

    KEK MONOGRAM HURUF/NOMBOR

    KEK BAJET GAMBAR EDIBLE

    Haaa..terliur tak tengok kek nye? Ni baru sikit CikSha kongsi. Cilok gambar kat facebook depa. Berlambak lagi pilihan tau. Rambang mata. Kalau kita ada pilihan sendiri nak deco macam mana pun boleh je request kat Dnialicious tau. Nanti dorang realisasikan apa yang kita nak. Yang penting kena dengan bajet. Best kan?


    Servis Surprise Delivery dan Table Deco dari Dnialicious


    Selain tu, Dnialicious ni ada buat servis untuk kita surprise yang tersayang tau. Boleh pilih nak servis dorang buat penghantaran bouquet atau hias meja untuk majlis sambutan anniversary/birthday di restoran atau di mana-mana yang kita request. Boleh pilih nak sekalikan dengan kek atau tak. Atas bajet kita. Wahhhh. Menarik kan pakej dari Dnialicious ni.


     FLOWER / CHOCOLATE BOUQUET WITH/WITHOUT BALLON/CAKE

    HOT BALLON SURPRISE

    TABLE DECO

    Untuk yang tinggal area Kuala Terengganu, kalau ada plan nak buat surprise boleh la ushar servis dari Dnialicious ni. CikSha jamin mesti tak menyesal punya la. Baca feedback yang pernah jadi pelanggan dorang kat facebook, semuanya berpuas hati. Itu maknanya servis Dnialicious ni memang terbaik.


    Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi info kat bawah ni okay.
    FACEBOOK | INSTAGRAM | 017 908 7745

    LOKASI : JALAN PASIR PANJANG ( sebelah Farmasi Pasir Panjang )

    WAKTU OPERASI : 9.30 am hingga 9.30 pm ( Jumaat Tutup )


    Terima kasih Dnialicious buat kek yang sedap untuk kami. Terharu sangat. Terima kasih juga pada blogger Huda sebab buat pilihan yang terbaik dengan buat tempahan kek kat Dnialicious. Pilihan Huda memang tip top. Dari lokasi nak gathering sampai la ke kek. Thanks Huda!


    Bisik-bisik :: Agaknya tahun depan dapat lagi tak celebrate birthday camni eh?



    5 benda yang mak wajib bawa ketika travel atau holiday bersama baby atau anak kecil

    $
    0
    0
    Assalamualaikum. Hai!


    Travel bersama keluarga ini bukan perkara yang mudah, terutama kepada mereka yang mempunyai anak kecil berumur setahun ke bawah. Percutian bersama anak yang masih kecil mesti dilakukan dengan teliti supaya semua orang yang berada dalam perjalanan itu berasa gembira dan enjoy. Ibu bapa pun tak la berasa stress sepanjang percutian.


    Okay, kali ni CikSha nak share 5 benda yang mak-mak wajib bawa ketika travel bersama baby atau anak kecil supaya mak yang handle anak tak panik dan stress.




    1. ALAT HIBURAN, TOYS ATAU EDUCATION TOY MUDAH TRAVEL




    Ketika sediakan barang perjalanan, jangan lupa mak bekalkan satu atau dua toys untuk anak bermain ketika flight atau sepanjang travel. Untuk membantu mak supaya anak tenang dan tenteram sepanjang percutian, mak boleh bekalkan gadget seperti Ebookku Islamic, Buku Islamic Berbunyi dan Islamic Audio Device dari Mama Zie Kerlazz Shop. Gadget seperti ini akan membuatkan anak leka explore sesuatu yang baru beserta berilmu dan menghiburkan.


    Islamic Audio Device dari Mama Zie Kerlazz Shop ini juga dapat membantu menenangkan anak dengan fungsi white noise untuk baby bawah usia sebulan, lullaby (lagu dodoian anak) ketika letih ingin tidur serta terdapat fungsi butang alunan bunyi pantai yang mendamaikan.


    Bukan itu sahaja, terdapat butang surah-surah terpilih buat peneman anak ketika travel. Jika anak peminat tegar kartun Omar Hana, ibu bapa harus dapatkan Islamic Audio Device ini dari Mama Zie Kerlazz Shop kerana ada beberapa lagu hits dari kartun Omar Hana untuk hiburkan hati anak sepanjang perjalanan ibu bapa bercuti.


    FACEBOOK : Mamazie Kerlazz
    CONTACT : 018 396 2999





    2. MAKANAN BAYI KHAS UNTUK TACKLE PICKY EATERS KETIKA TRAVEL.

    Ha..baby bila lapar atau tak makan on time kadang boleh menyebabkan diorang ni restless time travel atau holiday.

    Tapi kadang-kadang nak travel dengan anak cerewet makan ni bukannya senang. Habis semua makanan diorang memilih dan reject untuk makan. Sampai stress kepala kita fikir nak bagi anak kita makan apa kan?

    So, CikSha nak suggest mommy yang ada anak cerewet makan dari 6 bulan sampai 3 tahun untuk try travel dengan Baby Sadoo.

    Baby Sadoo ni merupakan makanan baby yang khas untuk tackle selera anak cerewet makan dari 6 bulan sampai 3 tahun tanpa tambahan garam, gula & pengawet tau. Baby Sadoo ni dibuat khas oleh bekas jururawat berdaftar yang pernah bekerja hampir 7 tahun bersama Sime Darby Medical Center.

    Apa yang CikSha suka dengan Baby Sadoo ni sebab dia lengkap nutrisi, dalam 1 botol tu dah siap dah karbohidrat, protein, fiber. Kiranya lengkap la kalori untuk anak-anak. So, sangat memudahkan waktu travel. Mak-mak macam CikSha ni tinggal panaskan je Baby Sadoo ni tak sampai 1 minit dah boleh terus suap anak makan kat mana-mana je. Termasuklah bila diorang lapar dalam kereta, flight, train, atau masa tengah jenjalan menikmati pemandangan percutian pun boleh.



    Bagi CikSha Baby Sadoo ni best sebab menu dia menarik dan sedap-sedap dari bahan semulajadi dan senang tak payah nak tambah apa-apa dah. Tak payah nak pening fikir nak masak apa untuk anak cerewet makan ni time travel. Kiranya Baby Sadoo memang sangat praktikal untuk mak-mak yang nak travel dengan anak cerewet makan. Bawak je Baby Sadoo yang food on the go ni.

    Botol dia pun selamat untuk nak panaskan terus dalam microwave atau water heater. Botol jenis botol kaca yang berkualiti. Tak de lah kita nak risau tindak balas kimia dari botol ni pindah ke makanan baby atau apa time panaskan. Yang penting baby suka sangat makan dan sekali makan kadang-kadang tak cukup sebotol 😂

    Senang travel dengan Baby Sadoo ni. Panaskan, terus suap je makanan sihat, berkhasiat, sedap dan lengkap nutrisi untuk baby. Tak payah nak tambah apa-apa dah dalam Baby Sadoo yang 'Complete Meal' ni. Senang sangat.

    Haa. Kalau mommy nak tahu Baby Sadoo ni jugak merupakan antara Makanan Bayi No. 1 di Malaysia yang khas untuk tackle selera anak cerewet makan tau. Dah ada hampir lebih 3000 testimoni dari ibu-ibu yang mempunyai masalah anak cerewet makan, bantu ibu bekerjaya yang tak sempat sediakan makanan bayi sihat dan berkhasiat untuk anak-anak di rumah atau bekalan ke rumah pengasuh dan bantu memudahkan mommy yang nak travel bersama anak picky eaters ni.

    CikSha dan ramai mommy kat Malaysia pilih untuk travel dengan Baby Sadoo yang convenient for travelling ni. Recommended sangat. Sebab senang.

    Kalau mommy nak dapatkan Baby Sadoo atau berminat untuk apply for agent reseller boleh skodeng







    3. IZLIYAH KITCHEN BABY FOOD

    Sekiranya bayi mommy sudah boleh makan, jangan lupa bawa bekalan makanan instant yang sihat buat mereka. Instant di sini bermaksud mudah disediakan tetapi sihat kerana tidak mengandungi bahan terlarang yang belum mampu ditapis oleh usus bayi.

    Izliyah Kitchen menyediakan makanan bayi yang mudah disediakan ketika travel. Pastinya memudahkan kerja mak-mak tatkala travel tidak perlu membawa periuk nasi dan segala bahan mentah untuk dimasak atau perlu prepare awal-awal dari rumah sebelum mula travel.

    Produk Izliyah telah diiktiraf dengan sijil HALAL dari JAKIM. Produk ni juga tidak sama sekali mengandungi bahan pengawet dan gula sintetik.

    Terdapat beberapa jenis makanan bayi di Izliyah Kitchen iaitu:
    • Bubur (ada bubur kasar dan bubur halus)
    • Biskut (ada pelbagai perisa seperti kurma,kismis dan pisang)
    • Serbuk perasa (ada serbuk ayam, serbuk bilis, serbuk sayuran dan serbuk buahan)
    Ke semua di atas adalah mesra travel kerana amat mudah untuk disediakan. Konsep Izliyah adalah menyediakan bubur segera dengan hanya bancuh air panas tetapi sihat dan bebas bahan pengawet.

    CONTACT : 017 772 3571




    4. PENYELAMAT ANAK DARI BATUK & SELESEMA

    Kasihan bila tengok anak kecil tercungap-cungap susah nak nafas, sebab hidung tersumbat atau berkahak teruk. Tak lalu makan dan muka pucat bila jadi macam ni. Malah, jika tak dirawat, ia boleh mengancam nyawa!

    So, CikSha nak ingatkan mak-mak untuk always standby benda wajib ni ketika travel dengan anak kecil.

    Ramai juga yang tanya. Ada ke sapuan bayi yang boleh bantu rawat masalah ni secara semulajadi? Jawapan nya ADA! Gunakan jer sapuan bayi Mamz. Paling penting Mamz ni ada pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia. Dibuat dari bahan semulajadi Habbatus Sauda. Memang elok untuk bayi.

    Mamz Spray merupakan penawar bagi masalah utama bayi seperti masalah berkahak, masalah selsema dan masalah batuk. Sesuai digunakan oleh bayi seawal dalam pantang sehingga berusia 6 tahun.

    Mamz Spray juga sangat sesuai digunakan sebagai sapuan harian bayi walaupun telah sihat bagi menggantikan minyak telon. Sapukan selepas mandi agar antibody bayi semakin kuat dan sapukan sebelum tidur agar bayi tidur lebih lena.

    Kalau ibu-ibu nak tau lebih lanjut mengenai Mamz ni boleh intai-intai kat link bawah ni ok!

    WEBSITE : www.mamz.com.my




    5. SNACKS & BISKUT SIHAT UNTUK ANAK KECIL

    Rush Baby Food menjadi pilihan utama ibu-ibu yang mengutamakan #BMF dan yang terbaik untuk bayi mereka tetapi cepat mudah dan pantas.

    Bubur bayi segera keluaran Rush Baby Food dalam bentuk flakes beras semakin mendapat permintaan tinggi kerana ianya yang hanya perlu dibancuh dengan air panas sahaja. So, bila-bila masa je boleh sediakan sama ada di dalam kereta, train, flight, tepi pantai dan sebagainya. Rasanya yang sedap dan harum seakan ibu baru lepas memasak di atas dapur membuatkan bubur bayi Rush Baby berbeza dari yang lain.

    Terdapat dua pilihan iaitu beras putih dan beras perang. Bancuh flakes sahaja pun dah licin bayi makan apatah lagi jika di tambah dengan Serbuk Buah Mango, Serbuk Ayam atau Serbuk Purple Sweet Potato yang juga dikeluarkan oleh Rush Baby Food. Tabur-tabur je dah siap, tak perlu masak pun. Senang kan?

    Bukan sahaja bubur, malah Rush Baby juga ada menyediakan Biskut bayi dengan nama Bone Broth Cookies. Mula diperkenalkan pada November 2017, ianya terus menjadi bualan mulut ibu-ibu yang lebih prefer Homemade Babyfood. Apa yang istimewanya tentang biskut bayi ini, salah satu kandungan di dalamnya ialah Chicken Bone Broth.

    Banyak khasiat dan manfaat yang boleh didapati daripada Chicken Bone Broth dan ternyata ianya sangat bagus untuk perkembangan bayi seperti yang dinyatakan oleh Dr Suriyakhatun merupakan Doktor Perubatan Homeopathy.

    Kelebihan lain yang ada pada biskut bayi ini ialah tidak terlalu gebu dan tidak mudah hancur. Seawal 7 bulan bayi dah boleh mencuba Bone Broth Cookies ini walaupun belum ada gigi. Terdapat 3 pilihan rasa iaitu kurma yang menjadi best seller, kemudian apricot raisin dan yang terakhir adalah avocado cheese.

    Ketiga-tiga biskut bayi ini diadun menggunakan bahan yang berkualiti seperti unbleach flour, anchor unsalted butter, puree buah sebenar, tepung jagung dan juga Chicken Bone Broth.

    Yang baru merancang percutian atau yang tengah bercuti, boleh je dapatkan Makanan bayi keluaran Rush Baby Food ini daripada agen-agen berdekatan anda atau dari butik-butik baby terpilih seperti Tateh, One Baby World, Yons dan banyak lagi. Boleh juga layari terus Facebok dan Instagram Rush Baby Food HQ untuk dapatkan info lebih lanjut.

    CONTACT : 019 955 9334



    Haaa, ini la 5 benda yang wajib mak-mak alert untuk sediakan ok bila ada perancangan nak ke mana-mana. Baru la tak serabut kepala sepanjang perjalanan. Percutian pun jadi lebih bermakna gitu.


    Bisik-bisik :: Mak selalu nak sediakan yang terbaik untuk anak-anak  kan?

    AFY Haniff | Syarikat Muslim Yang Patut Dijadikan Contoh Dalam Projek Kerja Amal

    $
    0
    0
    Assalamualaikum. Hai!


    Lama CikSha tak bersiaran kan. Sibuk sikit lately dengan kehidupan di alam realiti plus kesihatan kesayangan-kesayangan CikSha yang tak berapa nak mengizinkan. Mujur Allah bagi ‘superwomen’ sorang ni sihat walafiat. Tu rezeki la tu kan. Nak bagi ada kudrat menghadap kerenah kesayangan yang tak sihat. Tapi tu la, kerja ‘online’ CikSha semua terbengkalai la sekejap. Family is my first priority. Gituuu.


    Entri kali ni CikSha nak berkongsi satu kisah inspirasi yang pada CikSha sangat mengagumkan dan patut dipuji. Kenapa CikSha kata inspirasi yang boleh buat kita kagum? Sebab jarang ada syarikat muslim yang dah berjaya, nak hantar team turun padang buat kerja amal yang memerlukan kudrat. Selalunya kebanyakan syarikat muslim yang berjaya akan bagi sumbangan dalam bentuk kewangan je. Jarang yang bagi sumbangan dalam bentuk tenaga kerja ni. Betul tak?

    AFY Haniff mengembara dengan produk-produk terbaik ke Rumah Ronald McDonald


    AFY Haniff Contoh Syarikat Muslim Yang Terbaik Dalam Projek Kerja Amal


    Tapi lain dari yang lain Syarikat AFY Haniff Group (M) Sdn Bhd ni. Mereka banyak terlibat dalam kerja amal  dengan masyarakat di kawasan sekitar syarikat iaitu di Melaka seperti membersihkan masjid dan lain-lain. Baru-baru ni, iaitu pada 24 September 2019, team mereka ‘berjalan jauh’ sampai ke Kelantan untuk membersihkan dan mewangikan Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kelantan. Memang terbaik la team AFY Haniff ni!


    Projek kerja amal membersihkan dan mewangikan Rumah Ronald McDonald HUSM (RMHC) adalah kerjasama julung kali di antara team AFY Haniff dan team RMHC. Kerjasama di antara mereka ini turut dibantu oleh Bite Media Consultants yang bertindak sebagai pembantu belakang tabir untuk menjayakan aktiviti ini.


    Tujuan utama team AFY Haniff sanggup turun ke Kelantan untuk membuat projek amal di Rumah Ronald McDonald HUSM adalah untuk memberi semangat dan menzahirkan rasa simpati kepada ahli keluarga pesakit di HUSM yang menyewa di situ. Selain itu, memberikan sedikit kegembiraan dan keselesaan kepada penghuni RMHC dengan membantu team RMHC membersihkan kawasan sekitar tempat tersebut. Satu usaha yang sangat patut dipuji!


    Big boss AFY Haniff dengan produk terbaik keluaran syarikat

    Disebalik nama AFY Haniff


    Sebelum CikSha cerita lebih panjang lebar pasal kerja amal yang AFY Haniff dah jalankan di RMHC tu, meh CikSha nak kenalkan dengan syarikat muslim yang sangat terbaik ni dulu. Buat pengetahuan, Syarikat AFY Haniff Group (M) Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat anak tempatan bumiputera muslim yang beroperasi di Melaka sejak tahun 2006 lagi.


    AFY Haniff mengeluarkan produk berasaskan herba semulajadi terutamanya serai wangi. Antara produk keluaran syarikat ini ialah : 
    • Pewangi Fabrik D’MENC AFY haniff 
    • Sabun Pencuci Pinggan 40 DAYS AFY haniff 
    • Pencuci Tangan Berbuih PLASH AFY haniff 
    • Penghalau Serangga Secara Semulajadi SWIPEL AFY haniff
    • Pencuci Lantai SWiPEL AFY haniff dan lain-lain lagi.

    Produk-produk keluaran AFY Haniff boleh didapati di lebih 2,000 pasaraya di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Thailand tau. Jangan main-main ok. Pasaran produk ni dah menjelajah ke luar negara. Bukan calang-calang produk yang dihasilkan oleh syarikat AFY Haniff ni. Sangat mengagumkan. Bukan sesuatu yang mudah untuk pasarkan produk buatan Malaysia ke luar negara tau.


    Projek Amal AFY Haniff di Rumah Ronald McDonald HUSM Kelantan


    Macam yang CikSha dah cerita sikit kat atas tu, projek amal AFY Haniff di Rumah Ronald McDonald ni adalah yang pertama kali dibuat dengan kerjasama dari Bite Media Consultant. Walaupun pertama kali, segalanya berjalan dengan sangat lancar. Kerjasama yang diberi dari pihak team AFY Haniff, team RMHC dan Bite Media Consultant membuatkan perancangan aktiviti sepanjang hari tersebut smooth je dari pagi sampai ke petang.

    Gambar atas : Sesi Perkenalan dan Taklimat ringkas
    Gambar bawah : Lawatan ke sekitar rumah Ronald McDonald

    Fasiliti yang terdapat di Rumah Ronald McDonald
    Laundry Room, Play Room, Tempat Makan, Dapur, Bilik Tidur

    Aktiviti dimulakan seawal 9.00 pagi dengan sesi perkenalan dan taklimat ringkas. Pihak RMHC berasa teruja apabila mendapat tahu team AFY Haniff ‘mengembara’ ke situ dengan membawa pelbagai produk keluaran AFY Haniff untuk projek amal membersihkan dan mewangikan sekitar RMHC.


    Selepas sesi taklimat dan perkenalan, team AFY Haniff dibawa melawat sekitar Rumah Ronald McDonald oleh wakil pengurusan RMHC. Kali ni, team AFY Haniff pula yang teruja dan kagum melihat fasiliti yang disediakan di situ. Semuanya serba lengkap bagaikan 5 star hotel untuk keselesaan keluarga pesakit yang menyewa di situ walaupun kadar bayaran dikenakan cuma RM5 sehari.


    Aktiviti shopping di Mydin Kubang Kerian

    Antara barangan shopping

    Sebelum memulakan aktiviti ‘gotong-royong’, team AFY Haniff, team RMHC dan Bite Media Consultant telah bersama-sama ke Pasaraya Mydin Kubang Kerian untuk membeli barangan keperluan bagi kegunaan keluarga pesakit yang menghuni di RMHC. Antara barangan yang dibeli ialah barangan elektrik, peralatan memasak, makanan kering dan juga makanan basah. Alhamdulillah. Rezeki buat penghuni di RMHC. Dapat kurangkan beban mereka yang dalam fasa kerisauan dan kesedihan. Segalanya lengkap untuk kemudahan mereka. A big thanks untuk pihak AFY Haniff!


    Usai aktiviti ‘shopping’, team AFY Haniff, RMHC dan Bite Media Consultant berehat buat seketika. Masak beramai-ramai untuk makan tengahari sebelum memulakan aktiviti seterusnya iaitu membersihkan dan mewangikan seluruh pelusuk RMHC. Dah kenyang, baru senang hati nak buat kerja kan? Hihi.

    Aktiviti gotong-royong


    Aktiviti gotong-royong jadi happening sangat sebab semua yang terlibat enjoy membersihkan dan mewangikan Rumah Ronald McDonald. Tambah-tambah lagi aktiviti ni dibuat dengan menggunakan semua barangan yang dihadiahkan oleh pihak AFY Haniff. Dari pewangi fabrik, pencuci lantai, pencuci pinggan dan lain-lain. Harum semerbak bau kat seluruh RMHC.


    Sumbangan Ikhlas dari pihak AFY Haniff


    Bukan setakat projek amal ni je yang pihak AFY Haniff buat, pada hari kejadian satu sesi pemberian sumbangan ikhlas buat penghuni-penghuni yang ada di RMHC turut diadakan secara mengejut.


    Sebuah keluarga telah menerima sumbangan kilat berbentuk wang tunai dari pihak AFY Haniff bagi mengurangkan beban kewangan keluarga tersebut yang perlu menghuni lama di RMHC kerana menunggu anak kecil berusia 5 tahun yang mengalami kecederaan serius akibat satu kemalangan.


    Buat penghuni-penghuni lain, pihak AFY Haniff turut memberikan sumbangan produk AFY Haniff kepada mereka. 

    Sumbangan untuk keluarga yang ada di RMHC

    Tahniah kepada AFY Haniff, RMHC dan Bite Media Consultant


    Terbaik sangat big boss AFY Haniff ni kan? Dah la hantar team untuk projek amal ‘gotong-royong’, shopping barang keperluan untuk diletakkan di RMHC, hadiahkan produk-produk terbaik keluaran AFY Haniff untuk kegunaan pihak RMHC, lepas tu buat surprise untuk gembirakan hati penghuni di situ dengan bagi sumbangan yang tak dijangka.


    Alhamdulillah. Inilah yang dikatakan rezeki dikongsi bersama. Semoga AFY Haniff terus maju dan meneruskan ‘projek amal’ yang dah lama diamalkan ni. Tahniah diucapkan!


    Semoga akan ada syarikat lain mengikut jejak langkah AFY Haniff buat ‘projek amal’ seperti ini dan memberikan sumbangan kepada institusi yang membantu orang awam yang dalam kesusahan seperti RMHC. Tahniah juga kepada RMHC kerana menubuhkan satu kemudahan penginapan yang tip top untuk membantu keluarga pesakit yang perlu mengorbankan masa untuk menjaga ahli keluarga di hospital tanpa beban untuk menyewa yang mahal.


    Terbaik sangat kedua-dua syarikat ni. InsyaAllah pasti ada pulangan yang baik atas kebaikan yang dah mereka berikan kepada masyarakat.


    Bite Media Consultant juga patut diberi ‘reward’ kerana menjadi pemudahcara kepada dua syarikat ini untuk bekerjasama dalam ‘projek amal’ mereka. Tahniah dan semoga lebih banyak syarikat yang akan menggunakan perkhidmatan dari Bite Media Consultant. Terbaik kesemuanya!


    Jom dapatkan produk AFY Haniff di pasaraya terdekat sekarang!

    Jom dapatkan produk keluaran AFY Haniff!


    Eh! CikSha pun sebenarnya dah tergoda nak cuba produk keluaran AFY Haniff pulak ni sebab memang duk guna produk berasaskan serai wangi kat rumah ni. Kita tukarlah! Wajib support perniagaan orang Islam yang terbaik macam ni.


    Oh ya, buat yang nak tahu lebih lanjut pasal AFY Haniff, boleh skodeng link kat bawah ni ok!





    Bisik-bisik :: Suka dengan khidmat masayarakat yang AFY Haniff duk buat ni. Respect! 

    LOHAS Eyewear | Kedai Cermin Mata Handmade jenama Taiwan yang pertama di Malaysia

    $
    0
    0
    Assalamualaikum. Hai!

    Siapa pembaca blog CikSha ni spesis specky macam CikSha? Haa..boleh la kita geng. CikSha ni sebenarnya rabun jauh tau. Tapi jarang pakai cermin mata. Masa buat kerja menghadap komputer atau nak tengok tv je CikSha akan pakai. Mostly tak pakai sangat. Kalau keluar berjalan pun ikut mood baru pakai. Lepas tu tak nampak bila ada kenalan duk renyih dan melambai dari jauh. Hihi.

    Tapi kebelakangan ni rasa macam dah makin worst je mata CikSha tau. Rasanya kena pergi check semula power mata dan buat cermin mata baru. Lepas tu kena istiqamah pakai. Kalau tak, makin melarat la kerabunan mataku ini. Huhu. Maklum la dah masuk umur pertengahan 30an lepas tu masih kerja menghadap komputer. Malam-malam pulak tu buat kerjanya. Kerja dari rumah kan? Menulis dan buat design. Malam buta baru ilham nak datang. Itu la akibatnya. Mata dapat 'penyakit' la.


    Bukti CikSha ni specky person. Throwback gambar lama masa kerja dedulu. Hihi.



    Sekarang ni CikSha tengah survey kedai cermin mata yang mana berkenan di hati. Spesis cerewet memang macam ni. Selagi tak jumpa yang betul-betul memikat hati, selagi tu la sanggup mencari. Konon high taste le sangat tu kan CikSha hangpa ni. Lepas tu tak jugak jumpa design cermin mata yang disukai.

    Dalam duk mencari, dapat pulak info ada kedai cermin mata baru yang lain dari lain nak launch kat Subang Jaya, Selangor hujung minggu ni. Oiii...kenapa jauh sangat! Ada yang terjah rumah kakak ipar kat sana kang semata-mata nak rebut peluang dapat cermin mata baru. Hihi.





    Tentang LOHAS Eyewear


    LOHAS ni sebenarnya jenama dari Taiwan tau. Maksud LOHAS tu "Lifestyles Of Health & Sustainability". Uiii, dashyat ha depa punya visi dan misi. Nak berkongsi betapa gaya hidup sihat dan mampan tu sangat bagus untuk komuniti. CikSha suka! Memang lain dari yang lain.

    Yang menariknya pasal LOHAS Eyewear ni sebab cermin mata tu dibuat khas. Handmade gitu. Cantik. Macam tersuka dengan design cermin matanya. Semua cermin mata kat LOHAS Eyewear ni harga standard tau, RM298 sahaja. Yang lebih penting cerminnya berkualiti tinggi.  Itu yang memang pemakai cermin mata macam kita ni nak kan?
     



    Servis yang ditawarkan LOHAS Eyewear ni pun boleh tahan. Setiap pembelian cermin mata kat situ akan dapat free maintenance dan ada 90 hari waranti. Oiii, mana nak dapat servis macam ni. Bagusnya depa. Pandai tackle hati tau.

    Interior design dalam kedai pun lawa gila! Ala-ala macam masuk dunia Harry Potter gitu. Tak percaya tengok la gambar yang CikSha attached sekali tu ha. Lawanye wei. Dah la siap ada minuman percuma untuk pelanggan yang datang. Jangan risau pada yang beragama Islam tu. InsyaAllah halal.

    Minuman percuma yang diberikan tu cuma air teh herba yang bagus untuk mata je. 5 jenis perisa iaitu Chamomile, Mint Leaf, Licorice, Scented Bee Leaves dan Rosemary. Pilih je nak minum yang mana. Taknak pun takpe. Takdanya kena paksa minum. So, boleh la fokus pilih cermin mata yang mana berkenan di hati. Tapi itulah, CikSha kalau dapat masuk dalam kedai ni, taknak keluar terus rasanya. Nyamannnn.






    Promosi Istimewa sempena pembukaan LOHAS Eyewear


    Berita baik untuk pembaca blog CikSha yang tinggal di sekitar Subang Jaya, Selangor. Yang tinggal jauh tapi nak cuba nasib pun boleh je kalau teringin. LOHAS Eyewear nak bagi cermin mata PERCUMA yang bernilai RM298 kepada 150 orang yang terawal sempena pembukaan cawangan depa kat sana pada 14hb-16hb Disember ni tau. Oiii, bestnya!

    Tapi, ada syaratnya kalau nak dapatkan promosi best ni. Tak susah pun syarat yang depa bagi. Korang ikut je macam yang CikSha terangkan kat bawah ni ok!


    LANGKAH 1 :

    Follow Facebook dan Instagram LOHAS Eyewear.



    LANGKAH 2:

    Tinggalkan jejak dengan tulis komen macam kat bawah ni.

    " I would like to sign up for LOHAS Malaysia SS15 branch Grand Opening from December 14th (Saturday) to December 16th (Monday) FREE prescription eyewear experience activity."

    Jangan lupa tag 3 orang kesayangan yang specky macam korang jugak tau. Sama-sama cuba nasib yang mungkin bertuah jadi 150 yang terawal.


    LANGKAH 3 :

    Print screen komen yang korang dah tulis kat Facebook atau Instagram LOHAS tadi tu. Hantar kat kat messenger Facebook @ Instagram depa. Sertakan sekali nama dan nombor telefon yang mudah untuk dihubungi ok!


    Haaa, itu je 3 langkah mudah yang korang kena buat kalau berhajat nak dapatkan cermin mata baru special dari LOHAS Eyewear. InsyaAllah rezeki tu ada boleh jadi 150 yang terawal, nanti LOHAS akan hubungi korang. Grab tau peluang keemasan ni. Rugi kot kalau tak cuba. Siapa nak bagi cermin mata PERCUMA sesuka hati. Eksklusif pulak tu. Kan kan?




    Lighting tak berapa nak terang. Hihi.

    Jom serbu LOHAS Eyewear!


    Kalau ikut hati CikSha yang nak sangat cermin mata baru ni, memang ku terjah LOHAS Eyewear ni masa Grand Opening depa nanti 14hb-16hb Disember ni. Tapi tarikh tu nak kena balik kampung ku yang tercinta Pulau Pinang. Ada kenduri kesyukuran family buat. Jadi CikSha kongsi rezeki ni dengan korang je la eh. Cepat tau rebut peluang jadi 150 yang terawal.

    Nak info lanjut, korang boleh skodeng kat link ni ok!

    Nak terjah masa grand opening walaupun tak terpilih jadi 150 terawal pun boleh je. Atau nak pergi bila ada masa terluang anytime, lagi la boleh sangat. CikSha gerenti korang mesti suka masuk kat situ nanti. Alamat kedai yang ni tau: A13, Jalan SS 15/4D, 47500 Subang Jaya, Selangor


    Bisik-bisik :: Sebenarnya orang yang pakai cermin mata ni gorjes tau! Hihi.

    7 tips awesome untuk solo travellers

    $
    0
    0
    Assalamualaikum. Hai! 


    Lama dah kan CikSha tak membebel kat blog ni. Dah berderet entri postpone tau dalam draft tu. Tulis sikit tinggal. Lepas tu duduk la dendiam entri tu kat situ. Konon azam tahun 2020 nak membebel hari-hari kat blog. Tapi azam tinggal azam je dah ha. Haishhh.


    Ni la akibatnya bila overloaded dengan kerja hakiki dan kerja rumah. Maklum la, CikSha kan bekerja dari rumah je. Dengan bisnes online nye, kerja freelance design lagi. Nak mengadap kerja rumah yang takde kesudahannya. Dengan 3 ketul budak comel yang perlukan perhatian mak depa yang gojes ni ha. Kadang-kadang tu macam nak meletop pun ado rasa kepala otak ni. Ye la, ingat senang ke nak susun 'jadual'. Huhu. 


    Sebenarnya kan, bila kerja dari rumah ni letih jugak tau. Tapi itulah, demi kelangsungan hidup hadap je la dengan rasa gembira. Taknak stress kan diri sendiri. Enjoy je go with the flow. Janji kerja semua jalan walaupun ada la yang 'terlambat' sikit. 




    Bila duduk saja-saja kan, kekadang CikSha macam terfikir nak 'me time' pergi jenjalan sensorang. Kira macam solo travel gitu. Dalam Malaysia pun dah ok dah. Dapat 'lari' sekejap 2-3 hari pun macam orait sangat dah tu. Bagi encik CH jaga kejap 3 ketol budak omei tu. 'Permaisuri' depa nak rehat jap. Ewahhhh. Berangan tak ingat haaa. Hihi. 


    Sebab apa tau CikSha terfikir nak solo travel? Sebab senang sikit nak plan perjalanan dan tentatif 'percutian' singkat tu. Taknak serabutkan kepala yang dah sedia serabut la kiranya. Bila solo travel, takda hati lain nak dijaga. Kita je enjoy sensorang trip tu. Takyah gaduh-gaduh. Ye la, dah tujuan nak 'ambik cuti' tu pun sebab nak rehatkan badan dan otak. Kalau tambah serabut baik tak payah pergi travel kan?


    Tapi, bukan mudah jugak nak solo travel sebenarnya tau. Kena betul-betul plan. Kalau tak biasa jalan sensorang jauh-jauh, mau tercangak-cangak pulak karang. Dah la sensorang diri pergi kat tempat orang. Haha. 


    Jadi, CikSha nak kongsi la tips sikit berdasarkan pengalaman CikSha pernah jalan sensorang masa bujang dulu. Masa tu nak pergi konvo kat Sabah. Pi sorang je tau. Takda famili yang follow. Semua urus sendiri. Gamble je sorang diri dari Penang nak ke Sabah sebelum jumpa dengan kawan kat sana. Walaupun bukan kisah pergi bercuti, tapi tips ni sesuai untuk yang merancang nak 'run away' sensorang diri pergi bercuti kat tempat orang. Haaa..gitu. Jom, cekidaut! 



    Perancangan yang tersusun


    Benda yang paling penting sekali bila nak pergi travel ni opkoz la kena ada satu plan perancangan. Tudiaaa. Macam nak buat bangunan ha siap plan bagai. Hihi. Eh, sungguh tau ni. Bukan main-main. Memang kena sediakan plan. Plan asal dan back up plan incase plan asal ke laut. 

    Tujuannya supaya kita tak de la lost sangat masa travel tu nanti. Semua kena alert. Dari transport, penginapan, tempat nak pergi jenjalan, nak makan kat mana best. Haaa, penting tau semua tu. Jadinya, kena la buat research dulu sebelum nak pergi travel tu hokay! Jangan pakai redah je. Nanti menyusahkan diri sendiri pulak. Kan ke naya tu.


    Airport transfer


    Haaa, ni lagi satu yang sangat penting kena ambik tahu. Bila travel solo ni, kita mesti nak bergerak dengan lebih cepat dan mudah kan? Jadi, boleh la guna KLIA Express sebab memang efficient gila. Cumanya, harga tiket dia agak mahal la sikit. Tapi pada CikSha, apa ada hal mahal sikit pun. Janji nak ke tempat tu cepat, selamat dan mudah. Kita kan nak memudahkan diri sendiri. 

    Tapi jangan susah hati. Bukan takda transit yang murah, selamat, mudah dan lagi berbaloi. Mesti la ada. Jawapan nya, opkoz la dengan Traveloka. Beli je dekat web Traveloka sebab lebih RM10 tau kita boleh jimat nanti berbanding beli di kaunter. Maklum la, Traveloka ni selalu je buat promo. Best kan? 

    Kalau nak lagi murah, boleh guna KLIA transit online ticket promo. KLIA transit ni harganya hampir 50% murah daripada KLIA Express tau. Cumanya nanti kena tukar train je la. Tapi apa salahnya kalau harganya berbaloi. Untung diri sendiri jugak. Kan? 

    Jenis yang tak suka naik public transport bersesak dengan ramai orang macam ni, jangan risau. Ada je cara lain nak ke airport. Boleh tempah airport taxi promotion. Cumanya harga tambang lebih mahal berbanding KLIA transit tadi la. Tapi takpa. Janji kita yang selesa.

     

    Pastikan barang keperluan cukup


    Excited macam mana pun nak pi solo travel tu, sila pastikan segala kelengkapan diri dan barang keperluan kena cukup ye. Jangan ada yang tertinggal pulak. Jenuh oii kalau ada yang missing in action. Solo travel kot. Nak pinjam kat siapa nanti? Takkan nak membeli pulak. Bazir tau. Solo travel kena pandai bajet-bajet. Hihi. 

    Pastikan pakaian yang diperlukan cukup. Bawa toiletries yang small pack supaya boleh jimatkan ruang beg. Power bank dan selfie stick pun kena bawak tau. Senang nanti nak selpi selpot kalau ada stick tu. Power bank tu macam back up nyawa la. Dah duk bergambar je kang bateri phone habis, ada la sambungan nyawa nya. Baru la enjoy nak jenjalan. 


    Buat jadual atau tentatif program


    Uishh. Macam nak berkursus je kan. Hihi. Tak la. Yang ni CikSha maksudkan jadual macam hari ni plan nak pergi jalan ke mana. Satu tempat tu berapa lama nak spend masa. Haaa, bila buat macam ni nampak macam teratur la sikit 'jalan-jalan' kita tu. Boleh pergi banyak tempat jugak.

    Kata short escape kan. Kena la plan betul-betul. Takda la dah balik nanti rasa terkilan tak dapat jejak kaki kat sekian-sekian tempat. Lepas tu menyesal sebab nak pergi lagi kat situ entah bila lagi la ada peluang. So, plan the schedule ok. 



    Sediakan senarai nombor kecemasan


    Very the important part ni tau. Tolong buat research awal dan simpan sesiap nombor kecemasan polis atau ambulan kat tempat kita pergi tu. Buat senarai selit belakang cover phone atau tempat yang mudah nak cari misalnya poket beg ke kan.

    Dalam senarai tu, jangan lupa masukkan sekali nombor telefon famili members tau. In case jadi apa-apa, senang orang nak tolong hubungi depa. Ye la, we never knows kan apa yang boleh terjadi accidentally. So, be prepared


    Internet atau data


    Zaman sekarang ni, benda ni dah jadi keperluan tau. Lagi-lagi kalau kita solo travel. Memang wajib ada internet atau data untuk memudahkan kita nak bergerak. Senang nanti nak search tempat makan ke, nak cari available transport macam Grab tu ke nak ke tempat-tempat menarik yang kita dah plan.

    So, pastikan kita ada access kepada Internet ok. Kalau pergi luar negara, boleh je kita sewa portable wifi dekat airport. Tapi nak lagi mudahkan diri sendiri, beli je simkad baru yang line internet nye super power. Yang penting kena ada access internet.

     

    Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling


    Bila travel sensorang ni, memang wajib sangat kita ada sikap berhati-hati. Tapi kena extra lagi tau. Tak boleh terlepas pandang sikit pun. Tambah-tambah kalau tempat kita pergi tu crowded dengan manusia. 

    Kalau boleh, pastikan beg sandang kita letak kat bahagian depan badan. Jangan nak rileks sangat selamber je galas beg kat bahu. CikSha dah pernah merasa tau kena copet handphone masa dalam train komuter kat Kolumpo. Dah la travel sensorang masa tu. Dengan tak ingat nombor phone sesiapa sebab tak hafal. Menangis tak berlagu oiii. Nasib la wallet selamat. Kalau tak, entah la apa nasib masa tu.

    Be extra careful ok! Kita bukan tahu isi hati orang. Nampak je friendly, sekali rupanya dendiam dah dicopetnye kita. Haishhh. Rupanya CikSha masih trauma lagi dengan kejadian copet tu walaupun dah lama berlalu.


    Cukup dah 7 tips yang super awesome dari CikSha untuk korang jadikan panduan kalau ada plan nak solo travel.Take note tau. CikSha ni boleh berangan je la dulu nak solo travel nye. Entah la bila nak terlaksana tu. 

    Dah kahwin ada anak-anak dengan suami ni, rasa macam tak lengkap pulak kalau pergi travel tak usung depa semua. Hihi. Apa boleh buat. Sejenis spesis family type jugak CikSha ni. Mujur kerja sendiri. Kalau kerja dengan company orang kena pergi outstation, camno la. Jenuh cheq usung depa semua gamaknya. 


    Bisik-bisik :: Best tau sebenarnya solo travel. Janji hati kena kental. Lepas tu extra berani. Confirm enjoy.

    Cara Mudah Turunkan Bounce Rate Dengan Pantas

    $
    0
    0
    Assalamualaikum. Hai!

    Lama sangat CikSha abaikan blog. Performance blog memang jatuh merundum la jawabnya. Dulu masa aktif menulis, ramai kawan blogger yang rajin singgah baca dan komen. Tenkiu korang! Tapi sekarang ni depa semua pun dah tak aktif dah dengan blog.

    Yang selama ni di kalangan kengkawan sendiri jadi 'silent reader' blog CikSha ni pun agaknya dah tak skodeng dah blog sendu ni. Rasanya mostly dah bawak diri dengan kehidupan depa memasing. Ada yang dah berjaya dengan bisnes dan kerjaya, bizi dengan kehidupan di alam realiti, mungkin juga ada yang dah 'pergi' selamanya.

    CikSha pun sejak 2014 memang sekali sekala je jenguk blog. Kalau terlebih rajin baru update. Kalau 'malas' biar je dia terkapai-kapai kelemasan sendiri. Hahaha. Blogger tegar la konon tu kan. Start 2018 baru selow-selow 'hidupkan' balik blog ni. Sebab dapat pinangan job review boleh la tahan masyuk. Jadinya kena la belai-belai sikit sebab ada income mai dari blog bushuk ni ha.


    Bounce Rate vs Performance Blog


    Tapi itulah nye, CikSha masih tak peduli dengan performance blog lagi. Gila pemalas weh. Kata sayang kat blog. Abaikan dia punya la tahap teruk. Lately ni setelah 2 tahun aktif balik, baru mai keinsafan nak ambil tahu pasal performance blog. Rajin sikit kelebet Google Analytics dan Google Adsense. Sebab mostly client sekarang dah cerdik tau. Nak tahu performance blog kita baru dia nak collaborate.

    Dalam duk rajin kelebet performance blog, tapi tak terfikir nak adjust bagi comel. Tambah-tambah part BOUNCE RATE yang memang berkait rapat dengan performance blog. Melangut la tengok gitu je. Rasa meluat abaikan dia balik. Apa punya teruk la perangai. Sabar je la.




    Bounce Rate tu apa?


    Bounce rate ni macam statistik jumlah pengunjung yang mai skodeng blog kita. Tapi dia mai sekejap ja. Tak bertapa lama-lama. Baca satu entri, lepas tu terus lari. Tak baca entri yang lain dah. Bila ramai pengunjung blog buat macam tu, peratus bounce rate memang akan jadi tinggi.

    Macam blog CikSha sendiri, peratus bounce rate tu memang tinggi melangit setiap kali check. Dalam 70-85% tu mainan dia la tu. Kadang rasa down sangat bila tengok. Itu yang abaikan blog tu. Lepas tu sedih sebab income adsense lambat naik. Huhu.

    Sebenarnya, kalau bounce rate tinggi bagi sesebuah blog tu bergantung jugak. Ada petanda blog tak bagus mungkin dari segi content, design yang buat orang sakit mata semak dengan iklan dan lain-lain. Depa mai sat lepas tu lari. Ada petanda blog tu sangat bagus dari segi content. Orang mai singgah baca maklumat yang depa nak sampai habis. Tapi sekali tu je la mai baca yang depa nak, lepas tu tak baca artikel lain, terus membawa diri.

    Sebab-sebab di atas la yang boleh bagi effect kat peratus bounce rate jadi tinggi. Bila jadi gitu, Google akan 'rasa' blog tu kurang berkualiti. Walaupun ada yang blog tu content penulisan nya bagus sangat. Sayang kan?


    Bounce Rate bagi kesan pada Income Adsense?


    Ada kaitan ke bounce rate dengan adsense? Mungkin ada. Bila jadi adegan lari-lari tu, pada CikSha memang boleh kacau income adsense pada yang pasang iklan adsense CPC kat blog. Mana taknye, pengunjung masuk sekali terus lari.

    Bila masa dia nak kelebet iklan-iklan yang terpapar. Memang takda la dia nak berminat klik-klik kalau ada iklan yang menarik. Tengok pun tak. Tu yang boleh sebabkan income adsense tak naik-naik. Make sense kan?

    Sebab itulah hari ni CikSha berkobar-kobar nak perbaiki part bounce rate ni sebab dapat email dari Google Adsense kata performance income drop. Huwaaa. Dah la jenuh nak kumpul. 50USD pun belum capai lagi walau dah setahun lebih. Sedih.


    Perbezaan bounce rate dalam sehari lepas apply tips turunkan bounce rate cara mudah. Perghhhh. Berdesup weh dia turun.

    Macam mana nak turunkan bounce rate?


    Macam laman blog, sepatutnya bounce rate kena rendah. Bawah 15% tu memang kira comei sangat la. Sebab blog ni banyak artikel yang kita tulis dan kongsi. Sepatutnya boleh 'hold' pengunjung untuk lepak lama-lama kat blog. Lepas baca satu artikel, tertarik nak baca artikel yang lain pulak. Baru la peratus bounce rate cantik. Tapi macam mana nak buat depa stay dan sekaligus bantu turunkan bounce rate blog kita?

    Ini antara cara yang korang boleh praktikkan untuk turunkan bounce rate.
    • Design blog yang menarik tapi mudah akses. Maksudnya loading tak lama.
    • Penulisan artikel yang berkualiti secara konsisten. Maksudnya bila orang Google sesuatu, boleh dapat dalam penulisan kita di blog.
    • Letakkan related post/artikel berkaitan di bawah posting. Boleh juga selitkan internal link yang berkaitan dalam artikel kita.
    • Paling penting sekali, iklan jangan banyak sangat. Orang tak berapa suka sebenarnya. Hihi.

    Tapi cara ni kena bersabar banyak. Sebab peratus bounce rate takkan turun mendadak. Dan memang kena konsisten update blog. Tulis artikel yang boleh tawan hati orang nak lepak kat blog kita. Nak baca semua penulisan kita.


    Cara Mudah Turunkan Bounce Rate Dengan Pantas 


    Tapi kan, sebenarnya ada trick tau kalau nak turunkan peratus bounce rate tu dengan cepat. CikSha dah cuba dah. Terima kasih kat Sis Hawa dan Tuan Hasrul Hassan yang berkongsikan tips ni.

    Guess what? Bila CikSha apply trick ni banyak gila penurunan yang jadi. Happy oi! Buat pagi. Malamnya dah ada perubahan yang mendadak sangat sekelip mata. Terus semangat nak update blog. Tu yang terhasil entri ni tu. Hahaha. Gigih kan? Happy punya pasal.

    Mudah je. Cuma masukkan code tracking info dari Google Analytics masing-masing. Lepas tu tambah code sikit yang sebenarnya nak bagi Google tu tahu ada pembaca yang lepak lama kat blog kita lebih dari 3 minit. Tu maksudnya penulisan kita berkualiti dan bagi impak kat pengunjung tu. Bukan semuanya sekali mai terus lari laju-laju.

    Bawah ni CikSha kongsikan caranya.


    LANGKAH PERTAMA 


    Masuk ke akaun Google Analytics sendiri


    LANGKAH KEDUA 


    Copy script yang diberi


    LANGKAH KETIGA 


    Paste script tadi tu dalam template blog selepas < head > . Masukkan coding tambahan di bawah ni dalam script tu sebelum < /script >

    setTimeout("ga('send','event','Profitable Engagement','time on page more than 3 minutes')",180000);


    LANGKAH AKHIR
    Jangan lupa save template! 


    Haaa. Semudah itu je langkah nye tau. InsyaAllah mesti ada perbezaan peratusan bounce rate dari sebelum ni. Tengok gambar perbezaan bounce rate blog CikSha kat atas tu ha. Punya banyak beza dia. Mendadak ok penurunan.

    Kadang kan, bukan sebab takda orang mai baca blog kita. Ada je. Tapi bila Google ni dia anggap orang yang mai sekali lepas tu pergi tu maknanya blog kita tak bagus, tu yang mencanak naik bounce rate. Sayang la performance blog jadi tak cantik.

    Korang cubalah tips ni. Mudah je. Kalau nak Google 'pandang' blog korang berkualiti, memang kena pastikan bounce rate ni rendah tau. Tak pandai buat sendiri? Takut tersalah usik coding. Mintak tolong kat kengkawan blogger yang pandai. Susah apa. Upah la sikit kan. Hihi.


    Bisik-bisik :: Terus bersemangat nak update blog hari-hari. 

    5 Most Delicious Malaysian Foods You Must Try On!

    $
    0
    0
    Assalamualaikum. Hai!

    Sebagai seorang 'hantu makan', kali ni CikSha nak tulis pasal makan-makan la pulak. Rasanya dah lama tak tulis entri pasal bab makan ni. So, marilah membuntangkan mata menatap gambar makanan yang super duper delicious favourite CikSha sambil menjejes air liur baca review ikhlas dari hati CikSha sendiri. Mana tahu kot makanan ni pun favourite korang jugak.

    Dalam entri makan-makan ni, CikSha nak kongsi 5 jenis makanan super sedap kat Malaysia ni yang WAJIB semua orang cuba. Alaaa, sekarang ni dah mudah nak menikmati makanan sedap-sedap dari restoran. Kita order je guna delivery malaysia. Tak payah susah-susah dah. Order je online, berdesup sampai depan mata.

    So, apa lagi? Meh la kita skodeng makanan yang best-best pilihan hati CikSha ni. Kalau terliur, boleh terus order ok! Hihi.

    Nasi Lemak


    Carian Google

    Yang ni memang kegemaran CikSha selamanya. Sebab tu pernah jadi penjual Nasi Lemak Seringgit depan rumah 3 tahun yang lepas. Hantu nasi lemak kan. Mesti le kita jual favourite sendiri. Hihi. Tapi dah pencen dah pun. Tak tahu le nak menceburkan diri balik ke tak.

    Tapi kan, bila tengok presentation nasi lemak ni rasa terliur gila. Sedapnyaaaaa. Nasi lemak dengan daun pisang. Fuhhh. Aroma dia tu menusuk kalbu sangat. Ada pulak telur, timun, kacang, ikan bilis krup krap krup krap. Nasi lemak heroin nye mestilah sambal. Perghhh. Dapat pulak yang sambal dia sedap gila tak boleh bawak bincang. Adoiii. Menjejes air liur oii.

    Nasi lemak yang macam gini paling win kat hati CikSha. Tak de tambahan macam ayam goreng ke, ikan ke, pun takpa dah. Yang tradisional macam ni la paling sedap. Setuju tak?


    Nasi Kandar


    Gambar Peribadi

    Sebagai anak jati Penang, dah tentulah CikSha suka makan nasi kandar. Tambah yang jenis kuah campur. Kena gabungan dia memang sedap tak sangga oii. CikSha kalau nasi kandar memang suka gabungan ayam madu/goreng, sayur kobis, telur asin dan kuah campur. Sedap sangat dah tu pada CikSha. Boleh jilat jari tau.

    Korang kalau pi jenjalan Penang, kena tau pi try makan nasi kandar. CikSha jamin, nanti mesti ketagih. Tapi sekarang ni dah mudah. Duk kat hotel je, kendian order guna servis food delivery. Tak payah pi bersesak ramai-ramai kat Restoran. Makan dalam bilik hotel lagi nikmat. Aiseh.


    Nasi Dagang


    Gambar Peribadi

    Dah kahwin dengan orang Ganu ni, kekadang pepagi merasa la jugak makan nasi dagang. Nasi dagang ni dia gabungan beras pulut dan beras basmathi kot kalau tak salah. Lemak-lemak rasa dia macam nasi lemak. Sedap!

    Selalunya digandingkan dengan kuah kari ikan aye/tongkol dan acar timun lobak. Cara makan, kena letak kuah kari tu banyak-banyak atas nasi lepas tu gaulkan. Perghhhhh. Sedap tak boleh bawak bincang.

    Setakat ni yang paling best nasi dagang CikSha pernah try, kat Kampung Atas Tol Kuala Terengganu. Memang mabeles gilaaa nasi dagang dia.


    Satay


    Carian Google

    Dah 3 menu CikSha kongsi kat atas tu nasi je kan. Peminat nasi memang camni. Hahaha. So, yang ni nak kongsi pasal makanan lain pulak.  Salah satu makanan favourite CikSha sekeluarga, of course la Satay. Anak-anak paling suka sangat makan satay. 10 cucuk boleh habis kat sorang anak. Hantu satay sungguh.

    CikSha rasa mostly dari korang pun suka makan satay kan? Makanan sedap, haruslah jadi favourite. Makan santai-santai. Enjoy je. Satay yang paling CikSha suka satay ayam la semestinya sebab CikSha tak boleh makan daging.

    Satay ni cukup ada kuah kacang dan hirisan timun serta bawang. Dah cukup sedap dah tu. Tapi kalau ada nasi kampit sebagai side dish memang boleh buat kenyang tersandar. Kuah kacang dia memang kena jadi heroin. Baru lah sedap tak terkata.


    Tanjung Tualang Fresh River Prawn


    Carian Google

    Ok. Honestly yang last ni CikSha tak pernah lagi try. Tapi gila tergoda tengok udang dia besaq gedabak macam tu. I love prawn u know! WAJIB cuba ni. Udang fresh wei. Udang fresh ni rasa dia manis tau. Memang melting la.

    Balik Penang nanti CikSha nak ajak kakak pi terjah sini la. Bukan jauh pun Tanjung Tualang dengan Penang. Kakak CikSha tu lagi la food hunter mengalahkan CikSha. Kalau tunjuk gambar udang ni, mesti dia bodek laki dia pi jenjalan cari makan kat Tanjung Tualang tak pepasal. Hahaha. Tapi apa susah kan? Pi bercuti sana, stay kat homestay ke, lepas tu kita order je la online. FoodPanda kan ada. Uiii..nikmatnya tu!


    Haaaa, apa macam? Tergoda tak menatap makanan-makanan lazat yang CikSha kongsi ni? Kita rakyat Malaysia ni beruntung sangat. Ada pelbagai makanan yang sedap-sedap boleh dinikmati. Malaysia kan syurga makan. Tu pasal la kita ramai yang 'terlebih muatan'. Hihi. 

    Tapi itulah, dalam duk makan yang sedap-sedap ni, kena beringat jugak la ye. Kesihatan tu paling utama. Makan kena berpada-pada tau. Yang penting jangan membazir. Membazir tu amalan syaitonnn. Bak kata anak sulung CikSha. Sabor je la.


    Bisik-bisik :: Untung ada food delivery sekarang ni kan kalau teringin nak makan something boleh order terus. Suka! 

    Pengalaman Pertama ke Pesta Buku Big Bad Wolf 2019 di Mydin Gong Badak Terengganu

    $
    0
    0
    Assalamualaikum. Hai!

    Cerita ni dah basi sebenarnya. Tapi nak jugak update dalam blog. Kenangan kan harus dicoret untuk tatapan masa depan. Kalau tak silap CikSha kejadian ni berlaku awal bulan Ogos tahun lepas. Tudiaaa, ni dah tahun 2020 baru terhegeh nak cerita weh. Teruk betoi la hai pompuan ni. Well, kalau korang memang follow CikSha dari tahun 2009, mesti tahu iols memang suka kongsi cerita basi. 10 tahun dah berlalu masih sama uols. Bila la nak berubah. Hihi.

    Berbalik pada kisah sebenar. CikSha kan tak pernah lagi tau jejak kaki kat Pesta Buku Big Bad Wolf ni walaupun dah lama ada. CikSha ni kategori ulat buku la jugak sebenarnya. Dulu masa bujang every month mesti spend sikit duit gaji pi membeli belah buku kat Popular Book Store. Kalau ada Pesta Buku, mesti pergi menyelit sekali cuci mata dan cuci poket kalau ada buku yang berkenan di hati.


    Depan pintu masuk Pesta Buku Big Bad Wolf Book Sale 2019 kat Mydin Gong Badak, Terengganu. Dah siap shopping baru kita bergambar. Walaupun panas sikit kat area parking lot tu, tapi tetap ramai manusia yang kerumun. Maklum le harga runtuh nak shopping buku.


    Bila dah kahwin, hobi CikSha nan satu ni terkubur terus. First sebab dah takde duit sendiri maklum le dah tak kerja. Second sebab spesis duk terperap je dalam rumah memandangkan PJJ dengan encik CH 2 tahun yang pertama. Memang takde sesaja la nak leluar rumah oi. Dah la duduk sekali dengan mertua. Hihi. Reason ketiga sebab banyak nak pakai duit untuk keperluan anak-anak masa kecil.

    Tapi sekarang alhamdulillah sebab 3-3 reason tu dah boleh buang jejauh. CikSha dah start kerja sendiri jadi freelance designer + writer dan berniaga online. Boleh dah nak belanja diri sendiri beli buku yang berkenan di hati melalui online. Suami pun dah tinggal sekali boleh bodek dia bawak pergi shopping buku kalau ada free time dan duit lebih. Dan CikSha pun nak biasakan anak-anak dengan buku sebab depa dah makin besar.

    Jadi, bila ada pesta buku haruslah kami sekeluarga pergi meramaikan jemaah. Hihi. Kebetulan Big Bad Wolf buat pesta buku kat Mydin Gong Badak, wojib la kami serbu. Bajet pergi hari kerja orang tak ramai la kononnya. Tapi takda maknanye. Ramai gila orang. Mestilah kan, siapa tak nak rebut peluang borong buku dengan harga super duper jimat.

    Buku memang banyak gila la. Rambang mata CikSha menengoknye. Kalau ikut hati nak borong bebanyak. Mujur la berjaya kawal nafsu. Hihi. Tu pun dekat nak seratus jugak habis. Nasib dapat voucher. Alhamdulillah. Rezeki. Dapat rembat satu buku untuk diri sendiri. Yang lain buku untuk anak-anak. Kan nak bagi depa 'bercinta' dengan buku. Wajib la perabih kat depa ja. 

    Jom la skodeng gambar kenangan yang sempat CikSha snap masa pergi event ni. Ada la beberapa keping. Nak snap bebanyak tak sempat. Maklum le handbag mahai CikSha yang sorang tu memacam dah perangainye. Hihi. Tempek yang ada je la untuk kenangan dalam blog.


    Abang Adan happy dapat buku Shark tu. Kemain sengih-sengih. Kalau ikut harga asal tercekik la jugak. Mujur sale Big Bad Wolf ni ada. Murah terlajak dapat rembat buku idaman dia.

    Pakwe duk membelek buku kanak-kanak yang mana sesuai untuk anak-anak beliau.

    Adik ipar pun join sekali. Dia apa lagi. Rembat novel fixi la kerjaan nye. Kak ipar dia dah pencen baca novel. Pakwe tak bagi green light dah sejak kena 'bebel' masa zaman couple lagi. Redho je la.

    Ini je la hasil tuaian yang berjaya dirembat masa tu. Buku CikSha tu masih belum berjaya lagi terbaca walaupun sehelai muka surat. Hihi.


    Next, CikSha share pengalaman pergi Pesta Buku Big Bad Wolf untuk tahun 2020 ni pulak ok. Baru je lepas event nye. Awal bulan 3 baru ni. Taknak dah simpan lama-lama. Kita update laju-laju walaupun selow jugak sebenarnya. Orang lepas event terus update kan. Hihi. Sabo je la dengan pompuan sorang ni.


    Bisik-bisik :: Best gila shopping buku kat Pesta Buku Big Bad Wolf. Harga jimat terlajak!

    Safi Shayla Botanical Silk | Rahsia Rambut Kekal Sihat Berseri, Lembut dan Bersinar

    $
    0
    0
    Assalamualaikum. Hai!

    Walaupun bertudung litup, CikSha percaya spesis seangkatan dengan CikSha masih mementingkan jagaan rambut. Maklum le, itu kan mahkota kita walaupun 'disembunyikan'. Mesti la kita nak jaga elok-elok. Betul tak?

    Lagipun bila kat rumah, kita bebas dari tudung. Rambut lepas bebas mengerbang untuk tatapan sendiri dan tentulah orang tersayang. Dah tu takkan nak biar bau kepam dan tak terurus pulak kan? 

    Kalau CikSha sendiri, opkoz nak rambut terurus dan wangi sentiasa. Sebab rambut CikSha ni rambut mahai oo. Takyah susah-susah nak pi gulung-gulung kat kedai. Semulajadi dah. Tapi itulah, nak jaga rumit sikit. Kalau tak kena dengan syampu, mau dia keras kejung lepas tu jenuh nak belai dia. Kalau sikat mau tersangkut di skala 8. Huhu.

    Tapi sejak berkenalan dengan syampu keluaran Safi iaitu rangkaian Safi Shayla, memang CikSha jatuh cinta terus. Dah tak tukar jenama lain dah. Setia ikat simpul mati dengan produk Safi Shayla. Sampai sekarang.

    BACA JUGA : Tips Jagaan Rambut Berkelemumur




    3 jenis syampu Safi Shayla Botanical Silk yang super best


    Haaa, korang nak tau tak baru-baru ni Safi memperkenalkan rangkaian produk baru syampu Safi Shayla iaitu Safi Shayla Botanical Silk. Ada 3 jenis syampu tau khas untuk 3 jenis jagaan rambut.

    Meh CikSha kenalkan korang dengan 3 jenis syampu ni dulu one by one. Nanti korang boleh la decide yang mana satu sesuai dengan masalah rambut yang korang tengah alami. CikSha confirm korang akan jatuh cinta bila dah cuba syampu ni tau. 

    Sebab sejujurnya, lepas CikSha dah cuba ketiga-tiga syampu ni, CikSha dah jatuh cinta gilaaaaa. I'm feel so wangi dan cantik uols. Sebab boleh libas-libas rambut dengan gembira walaupun mengerbang tapi lembut dan terurus. Gituuu. Tapi bila kat rumah je la eh CikSha buat perangai tu. Kat luar kan iols wanita bertudung yang comel lagi sopan santun. Hihi.

    SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK INTENSE NOURISHMENT

    Syampu yang ni memang sesuai untuk korang yang ada masalah rambut rosak dan kering. Sebab kandungan Chamomile Oil yang terdapat dalam syampu ni sangat membantu mengembalikan kelembapan pada rambut dan merawat rambut rosak yang menyebabkan ia jadi kering tak bermaya tu.


    SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK SILKY SHEEN CARE

    Haa, syampu yang ni pulak sangat sesuai untuk korang yang alami masalah rambut kering dan susah nak diuruskan. Kira kalau lepas bagi mengerbang tu, kusut masai la. Hihi. Jadi bila guna syampu ni insyaAllah rambut akan lebih terurus. Yang penting sekali rambut jadi lembut dan bersinar bak mutiara gitu. Maklum la dalam syampu ni ada kandungan Rose Oil yang mana memang bagus untuk mengekalkan kelembapan dan kelembutan rambut. 


    SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK HAIR FALL RESCUE

    Yeah! Ini syampu yang paling CikSha suka sekali. Syampu ni sangat sesuai untuk yang ada masalah rambut gugur macam CikSha. Memang penyelamat. Kandungan Sunflower Oil yang terdapat dalam syampu ni memang berkesan merawat masalah rambut yang asyik nak keguguran tu. Sebab dia dapat menguatkan akar rambut dan buat rambut lebih sihat.

    Keistimewaan Safi Shayla Botanical Silk


    Apa yang best sangat syampu Safi Shayla Botanical Silk ni? Haa, meh sini CikSha nak bagitau kat korang.

    Rangkaian syampu ni dihasilkan menggunakan 100% bahan botanikal aktif dan bebas paraben. Confirm ramai yang suka part bebas paraben tu. I know it! Safi pun dah faham sangat dengan kehendak ramai yang mencari produk tak mengandungi paraben. Bagus kan? 

    Syampu Safi Shayla Botanical Silk ni jugak takda pewarna, bebas alkohol, SLS dan juga DEA. Kiranya natural gitu. Ye la kan bahan utamanya adalah bahan botani semulajadi sepenuhnya. Memang selamat untuk penggunaan jangka panjang. No worries.

    Dihasilkan dengan 3 jenis variasi yang sangat terbaik untuk merawat 3 jenis masalah rambut iaitu gugur, rosak dan kusam yang mana punca utamanya adalah rambut kering. Macam yang CikSha dah kenalkan 3 jenis syampu di atas tu dengan kelebihan memasing.

    Mengandungi 2 bahan utama yang super awesome dalam mengatasi masalah rambut iaitu Organic Habbatus Sauda dan Argan Oil. 

    Yang paling best, syampu ni wangi sangat! In love tau. Bau wangi tu tahan lama. Dah 2 hari pun bau wangi tu masih ada. Misal kata kita pakai tudung seharian pun, bila buka je tudung bau semerbak tu kekal lagi tau. Suka!


    CikSha paling in love dengan Safi Shayla Botanical Silk Hair Fall Rescue ni. Sebab masalah rambut gugur CikSha makin kurang dah. Suka sangat! Takde dah rambut terselit kat sikat. Rambut yang sesaje nak gugur ke lantai pun dah semakin dapat diatasi. Korang yang ada masalah rambut gugur, boleh la try syampu ni tau. CikSha recommend sangat.


    So, korang jangan la lepaskan peluang untuk dapatkan rangkaian 3 variasi syampu Safi Shayla Botanical Silk ni tau. Confirm tak menyesal punya la. CikSha jamin tu. U can trust me. Sebab CikSha Safi Lovers sejati tau. Hihi. 

    Kat mana nak dapatkan produk yang super duper best ni? Korang boleh je pi terjah pasaraya, farmasi dan kedai terdekat dengan korang. Confirm ada punya la si wangi ni kat situ. Kalau nak senang, beli je online kat Lazada dengan Shopee. Klik klik lepas tu tunggu je posmen hantar depan pintu rumah. 

    Kalau nak info lebih lanjut pasal produk terbaru dari Safi ni korang boleh skodeng laman web ni ok! - > www.safi.com.my


    Bisik-bisik :: Bertudung pun kena jaga rambut elok-elok tau! 

    Pengalaman melahirkan secara Cesarean

    $
    0
    0
    Assalamualaikum. Hai! 

    Lama aih duk biar blog ni sunyi sepi takdak entri baru. Bukan takda idea. Nak menaipnye tu bercinta sangat. Padahal kat pesbuk boleh je tulis berjela-jela. Hihi. 

    So, entri kali ni nak tulis pasal kenangan kena belah perot nak keluarkan 'hasil cinta' yang pertama sempena bulan kesedaran Cesarean. Dah tulis dah kat pesbuk. Ni tambah sikit point nak bagi panjang cecah lantai blog. Baru berbaloi bagi hangpa baca. Hihi.




    April - Cesarean Awareness Month


    CikSha tahu, ramai je yang pernah merasai pengalaman melahirkan secara czer samada unplanned a.k.a emergency ataupun yang dah di plan atas sebab-sebab tertentu. Yang pasti semua ni adalah ketentuan yang dah diatur awal lagi oleh Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. 

    Sebab tu untuk menghargai pengorbanan para ibu yang pernah melahirkan melalui czer, bulan April ni dijadikan sebagai bulan penghargaan untuk ibu dan awareness kepada masyarakat. Tujuannya supaya semua orang tahu ini adalah pengorbanan yang sangat bernilai sebab risiko sangatlah tinggi. 

    Melahirkan secara pembedahan bukan bermaksud kita 'kurang'sense sebagai ibu sebab tak feelcontraction masa nak beranak. No no no. Beranak normal ke bedah ke, pengorbanan melahirkan tu tetap sama pahalanya. Tak ada beza. Apa la nak pi banding-banding pulak. Pelik betoi spesis mak-mak yang suka banding-banding ni. Hangpa dah pasaipa? Cobet kang!

    CikSha sendiri dah rasa kedua-dua cara kelahiran. Normal dan czer. Jadi pada CikSha, mana-mana jenis beranak pun ada kesakitannya yang tersendiri yang Allah bagi kita rasa. Jadi hargai je pengalaman terindah kalau diberi peluang merasa kedua-duanya atau salah satu daripadanya. 

    Yang bestnya bila diberi peluang melahirkan secara czer ni kita ada parut kekal selamanya kat perut. Panjang pulak tu. Parut Cinta gitu. 

    Buat ibu-ibu yang ada SCAR OF LOVE, kita geng tau. ❤️


    Budak ni la yang keluar ikut 'tingkap' tu


    Pengalaman CikSha melahirkan secara czer


    CikSha dapat scar of love masa nak beranakkan si sulung, abang Adan (2014). Emergency czer sebab fetal distress. Lagipun awalnya ketuban dah pecah dan 'kotor' sebab baby dah memberakkan dirinya kat dalam tu. Tapi doktor nak bagi peluang beranak normal dulu. Masalahnya dah induce dan merasa contraction macam nak mati pun jalan takmau terbukak sampai habis. Slow progress. Bila dah 8cm jalannya, CikSha dah tak larat nak push pulak sebab dah lama sangat menahan contraction. Sejam oi layan contraction. Jantung baby pun dah drop. Penyelesaian nya, emergency czer.


    Teringat masa nak sign borang czer tu, dalam duk menahan sakit contraction tapi doktor duk tanya macam-macam sebelum sign. Lepas tu boleh pulak minta suami tolong sign sebab tangan gigil tahan sakit. Padahal mana boleh. Sendiri yang kena sign. Kena marah manja dek doktor. Memang kalut betul masa tu. Hihi. 

    Yang paling tak boleh lupa, bila dah ditolak keluar dari dewan bedah, suami mai serbu lepas tu tanya kenal tak dia tu siapa. Hahahaha. Takut dia bini lepas kena bedah terus hilang ingatan ke apa taktau. Bedah tang perut kot bukan kepala. 😆

    Itulah kenangan terindah kelahiran pertama dengan pengalaman dibedah untuk pertama kali seumur hidup. Dapatlah satu parut kekal tanda cinta dan kasih sayang buat anak dan suami. Semoga sentiasa dihargai pengorbanan ini seumur hidup depa anak beranak. Gituuu. Nak jugak tu penghargaan. Hihi.


    Bisik-bisik :: Dah 6 tahun usung parut czer dan perut gendut. 😜

    7 Foods in Penang You Have to Eat Must!

    $
    0
    0
    Assalamualaikum. Hai! 

    Salam Ramadan dan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog kecintaan hati CikSha. Rasa lain sikit kan berpuasa tahun ni? Maklumla kena berkurung dalam rumah je. Tak boleh pi berbuka kat restoran, nak membeli belah kat bazar Ramadan pun tahun ni bazar takda, nak moreh kat masjid pun tak boleh. Situasi baru. Terpaksa la kita sama-sama harung. InsyaAllah nanti makin pulih keadaan wabak ni. 

    Walaupun musim puasa, tak salah kan CikSha nak kongsi pasal makanan. Cuci mata ja. Mana tau berkenan kat anak tekak dan perut, boleh buat juadah berbuka. Malas nak buat sendiri, boleh order je. Food delivery kan ada. Hihi.




    Semua orang tau, Penang syurga makanan. Macam-macam makanan sedap ada kat Penang. CikSha selaku anak jati Penang pun mengakui statement ni.  Tambah kalau pi kat 'port'dia. Rambang mata oiii! Tak tau nak makan yang mana satu. Rasa nak sumbat semua dalam perut. 

    Jadi, mai CikSha kongsi dengan hangpa 7 jenis makanan kat Penang yang wajib hangpa cuba. Kalau tak cuba nanti menyesal lepas tu duk termimpi-mimpi. Tahap craving tu confirm tak boleh nak bawak bincang nanti. 😜

    7 Foods in Penang You Have to Eat Must! 


    #1 : Char Kuey Teow Banjir


    Yang paling famous kat Penang, of course la Char Kuey Teow. Memang char kuey teow kat Penang je paling ummphhh tau. Kat negeri lain susah nak jumpa yang setanding dengan Penang punya. Tak boleh lawan ooo. CikSha pun kalau balik Penang, mesti nak cari char kuey teow dulu. Baru rasa lega nak balik Ganu ni ha semula. Kat Ganu takdak char kuey teow best. Huhu. 


    #2 : Mee Goreng Mamak Sambal Sotong


    Kalau pi Penang, hangpa wajib try Mee Goreng Mamak Sambal Sotong ni tau. Sedap gilaaaaa! Sumpah tak tipu. Tak tau nak habaq lagu mana. Tapi memang 'hantu makan' akan jatuh cinta dengan makanan yang super duper sedap ni. Dan akan craving nak merasa lagi dan lagi dan lagi. 


    #3 : Laksa Penang


    Hai geng hantu laksa sekalian! Hihi. Laksa Penang ni kan memang popular kat merata Malaysia. Rata-rata pi kat mana-mana pun ada ja yang jual laksa Penang. Tapiii, kalau mai Penang memang wajib makan laksa Penang piyauuu punya handmade by air tangan orang Penang. Ada pulak hirisan nenas dengan daun pudina. Rasa dia lagi power. Kena pulak 'angin' Penang. Fuhhhh..heaven!


    #4 : Mee Udang


    Mee Udang pun antara makanan yang paling famous kat Penang ni. Dia punya kesedapan tu masyaAllah, tak tau nak describe macam mana. Lain dari yang lain. Udang dia besar dan segar. Yang buat jadi umphh tu kuah dia. Kalau pi Penang, kena pi cari mee udang tau. Confirm tak menyesal! 


    #5 : Nasi Kandar


    Sekarang ni merata dah ada kedai nasi kandar. Tapi tetap tak boleh lawan yang kat Penang punya. Ada tu sanggup beratur panjang-panjang semata-mata nak pekena nasi kandar kat situ saja. Nak tau tak pasaipa? Sebab certain kedai nasi kandar ni, depa ada 'ramuan rahsia' tersendiri. Haaa..tu pasai kalau mai Penang kena jugak pekena nasi kandaq. Baru hangpa kenyang tersandaq. 🤭


    #6 : Pasembur


    Sebut saja pasembur, confirm dah terbayang Penang. Betoi dak? Dia macam 'geng' dengan nasi kandar la. Memang sedap! Ada timun mayang, bawang, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng, dan macam-macam lagi ikut selera anak tekak kita. Digandingkan pulak dengan kuah kacang manis berempah. Perghhhh...meletop!


    #7 : Mee Kari Penang


    Last but not least, antara yang tersedap jugak kat Penang dah tentulah Mee Kari Penang. Kuah dia yang power. Rasa lemak-lemak. Memang terangkat! Sedapnya oiii. Dah terbayang pulak. Ni nak kena buat sendiri ni. Taktau bila boleh balik Penang. Huwaaaa. 


    Best kan makanan yang ada kat Penang? Yang 7 tersenarai kat atas ni memang yang sangat famous amos di kalangan food hunter yang mai Penang. Rugi tau turun Penang tak pi cari dan merasa semua makanan ni. Orang kat Penang opkoz la tak payah risau. Kalau craving je boleh order terus. Di hujung jari je. Berdesup runner food delivery Penang mai hantaq sampai depan pintu rumah.


    Bisik-bisik :: Rindu Penangggggg!😭 

    Aib Tersebar. Siapa Yang Bersalah?

    $
    0
    0
    Assalamualaikum. Hai!


    Aku dah lama perhatikan fenomena 'aib-mengaib' ni. Semakin hari semakin berleluasa. Tambah-tambah kat dunia maya ni. Bukan bermaksud kat dunia realiti takde menda ni berlaku. Memang ada cuma tak berapa terkesan mungkin sebab tersebar pun dalam lingkungan kecil saje. Maksudnya hanya yang ade berdekatan saje yang tahu. Ye la penyampaian cuma dari mulut ke mulut. 

    Contoh - Perbualan Senah dengan Jenab.
    Senah : Ko nak tahu Jenab, Si Melah tu nampak je cantik kat luar. Tapi...
    Jenab : Tapi apa Senah?! Cepat la kabo ke aku.
    Senah : Kalau ko nak tahu Si Melah tu pengotor nak mampus. Bilik die Ya Rabbi bersepah-sepah. Baju berterabur sana-sini. Kadang-kadang berminggu-minggu tak basuh. Dia main pakai je. Pastu sembur perfume banyak-banyak.
    Jenab : Ye ke Senah. Mana ko tahu? Jangan buat cerita. Kang jadi fitnah la pulak. Aku taknak tanggung dosa memfitnah.
    Senah : Betul la Jenab. Ko ni lupe ke aku ni duduk serumah dengan dia.
    Jenab : Ye tak ye jugak. Lupa pulak aku aku ko serumah dengan die. Patut la aku sebatu pun dah boleh bau perfume dia. Rupanya pakai baju tak basuh. Ntah-ntah yang dalam-dalam pun macam tu eh? Ee..pengotor nye Melah ni. Ni nak kena bagitau kawan-kawan lain ni.

    Maka, aib Si Melah yang pengotor pun tersebar. Pengotor tu boleh dikategorikan aib ke eh? Lantak le. Aku tak reti bab nak bagi contoh aibkan orang ni. Sori. Hentam je la eh. Ehehe. Apa yang aku cuba sampaikan ni cuma nak tegaskan yang aib pun boleh tersebar dari mulut ke mulut. Bermula dari orang yang terdekat yang tahu pasal kite. Sebab dah menyampah sangat, terus disebarkan kat orang lain.


    Kalau di dunia maya ni pulak, aib boleh tersebar seantero dunia. Mana taknye, dari segi penulisan, gambar atau video yang tersebar, tak mustahil satu dunia boleh tahu bukan? Bagi seorang yang dikenali, mungkin dalam masa sesaat je boleh menjadi 'hit'. Bagi yang kurang dikenali pula, mungkin ambil sedikit masa untuk menjadi 'hit'. Melainkan sesuatu yang dia buat tu terlalu mendatangkan kebencian orang. Maka semua orang pakat 'bekerjasama' menyebarkan aib dia bagi menyatakan rasa meluat mereka.


    Tapi apa yang dimaksudkan dengan 'aib yang tersebar'ni? Aib tu apa sebenarnya? Macam mana aib boleh tersebar? Siapa yang mulakan dan siapa yang bersalah dalam hal ni? Banyak sangat persoalan yang boleh dikemukakan tentang hal ni. Sampai kadang-kadang tak tahu berpunca dari mana. Pening kan?




    Aib membawa maksud sesuatu perbuatan yang memalukan dilakukan oleh seseorang tanpa disengajakan atau dengan niat oleh orang itu sendiri. Aib boleh tersebar melalui 2 cara saja. Diri sendiri yang mendedahkan aib dia atau orang yang terdekat yang menyebarkan aib dia. Kemudian tanpa disedari, aib tersebut semakin tersebar dengan meluas sebab ramai yang 'berkongsi'. Semuanya bermula disebabkan diri sendiri atau orang terdekat yang mendedahkan. Jadi, siapa yang harus dipersalahkan?


    Aku pernah dengar hadis tentang aib ni yang lebih kurang begini bunyinye, "Tutuplah aibmu kerana Allah telah menutupnya" dan "Jangan disebarkan aib orang kelak aibmu pula akan tersebar". Maaf kalau kurang tepat sebab aku tulis dengan bahasa aku sendiri yang aku faham maksudnya dari penyampaian hadis tersebut. Tapi begitulah lebih kurang maksud hadis tersebut. 



    Kadang-kadang ada ramai yang suka menjawab tanpa berfikir bila aib tersebar. Diri sendiri yang menyebarkan menegaskan,"Gambar aku. Aku punya suka la nak share pun. Aku telanjang ke, tak pakai tudung ke, seksi ke, kau pedulik ape. Kubur masing-masing la weh!" atau"Video peribadi aku. Aku upload untuk tatapan aku dan kekasih aku. Lantak le gedik ke, lucah ke. Sape suruh kau tengok. Kau tu yang dengki. Busuk hati!". Dia terlupa yang dunia maya ni luas. Sekali dah upload walaupun untuk tatapan sendiri, semua orang boleh tengok. Walaupun itu salah diri dia sebab menyebarkan aib sendiri, dia tetap berkeras mempertahankan perbuatan dia yang kononnya itu hak dia.


    Yang menyebarkan cakap, "Dia sendiri yang dedahkan aib dia, aku cuma nak berkongsi untuk bagi pengajaran pada orang lain. Bukan salah aku sebab sebarkan. Memang padan la muka dia. Sape suruh gedik sangat. Perangai macam @%&#*. Padan muka!" atau"Aku benci gila kat dia ni. Biar dia tahu sikit rasa malu tu macam mana. Siapa suruh share kat aku rahsia dia. Bodoh!". Mereka terlupa yang perbuatan mereka itu boleh mengundang banyak dosa dari orang lain yang turut serta untuk caci maki.


    Entahlah. Kadang-kadang aku rasa benda ni terlalu kompleks untuk dihuraikan. Bagi pendapat aku, jika kita tahu kita pernah melakukan sesuatu yang mengaibkan, eloklah simpan sahaja pada diri sendiri. Kemudian menginsafi diri dan memohon kemaafan pada Allah minta dilindungi. Tidak perlu didedahkan atau diceritakan pada orang lain. Sebab kemungkinan untuk disebarkan pula pada orang lain memang tinggi. 


    Pada yang mengetahui aib orang pula, eloklah dinasihatkan orang itu secara peribadi. Tak perlu disebarkan pada orang lain dengan niat mahu memalukan dia. Semua tentang dia disebut-sebut. Nama, gambar, video, disebarkan. Tak perlu buat begitu. Perbuatan tu namanya khianat. Cukuplah dengan menasihat secara peribadi. Kalau dia taknak dengar lantak le kat die. Yang penting kita dah tunaikan tanggungjawab kita sesama muslim.


    Sebenarnya, dunia penulisan belog ni kadang-kadang menjadikan ramai manusia seperti 'lupa diri' dan 'terlepas laku'. Menulis sesedap rasa. Terlupa yang tanpa sengaja telah menyebarkan aib orang. Nak menjadi keyboard warior kononnya. Aku pun kadang-kadang terfikir, sepanjang aku menulis ni pernah ke aku buat salah dengan mengaibkan orang? Takut terlepas laku tanpa disedari. Jika ada, aku mohon maaf pada mereka yang terlibat.


    Kita semua pernah buat silap. Kadang-kadang kita tak sedar kita juga pernah buat sesuatu yang memalukan. Tapi kerana Allah sayangkan kita, aib kita tersebut dilindungi olehNya. Jadi seeloknya, kita menginsafi kekhilafan kita tersebut dan jangan terus mengulanginya.



    Bisik-bisik :: Selalu muhasabah diri sendiri dan menginsafi jika pernah berbuat khilaf.

    Ujian Hidup dan Rezeki Kita Berbeza

    $
    0
    0
    Assalamualaikum. Hai!


    Sedar atau tidak, kita selalu merungut dengan setiap ujian hidup yang dihadapi dan rezeki yang diberikan pada kita. Ada je yang kita berasa tidak puas hati. Merungut tanpa henti. Seolah-olah kita sahaja yang 'bernasib malang'. Mula nak membandingkan diri dengan insan lain. Kemudian cemburu dengan 'nasib baik' mereka. Sedangkan kita terlupa yang setiap manusia tidak ada seorang pun yang akan terlepas dari berhadapan dengan ujian hidup dan rezeki. Cuma ujian yang dihadapi berbeza keadaannya. Itu lumrah kehidupan yang nyata.


    Ujian Hidup

    Sepanjang kehidupan sebagai seorang manusia, kita akan melalui 2 fasa ujian hidup yang pasti menguji kekuatan iman. Ujian kesenangan dan ujian kesusahan. Mampu atau tidak untuk kita berhadapan dengan kedua-duanya? Allah takkan sesekali menguji hamba-hambaNya dengan ujian yang tidak mampu dipikul oleh mereka. Setiap ujian yang diberikan pasti bertepatan dengan kemampuan kita. Itu janji Allah.


    Ujian kesenangan. Hidup mewah, bijak belajar, tidak menghidap sebarang penyakit berbahaya, rumahtangga bahagia, bekerjaya hebat, berpangkat dan dikenali ramai. Itulah antara ujian-ujian kesenangan kurniaan Allah kepada hambaNya. Allah selalu memberikan ujian kesenangan ini kepada insan yang terpilih untuk menguji seteguh mana iman mereka. Selalunya iman pasti akan goyah kerana menjadi terlalu leka dan lupa diri. Sehingga semakin jauh tersasar dan lupa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah itu. Lalai dengan kesenangan hidup yang diberikan. 


    Ujian kesusahan. Hidup merempat tidak berharta, tidak bijak belajar, menghidap pelbagai penyakit kronik, rumahtangga berantakan, tidak bekerjaya, tidak berpangkat dan selalu dicemuh orang. Inilah antara ujian-ujian kesusahan yang Allah turunkan kepada hambaNya untuk menguji dan menyedarkan mereka tentang hakikat kehidupan di dunia. Yang mana tidak semua akan mendapat kesenangan semasa kehidupan mereka di dunia. Bagaimanapun, mereka yang menerima ujian kesusahan ini seharusnya menjadi semakin 'tunduk' dan menyedari akan kelemahan diri sebagai hambaNya yang kerdil.


    Samada ujian kesenangan atau ujian kesusahan yang dialami, kita wajib bermuhasabah diri setiap masa. Setiap ujian pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Jadi janganlah selalu merungut. Sebaiknya kita mohon petunjuk dari Allah supaya sentiasa membimbing kita dengan jalan yang betul untuk kuat mengharungi setiap ujian yang menimpa.


    Sesungguhnya ujian kesenangan lah yang paling perlu ditakuti kerana kita akan mudah hanyut dan lupakan Tuhan. Sedangkan ujian kesusahan akan menjadikan kita lebih dekat dengan Tuhan. Itulah lumrah kehidupan manusia yang mudah alpa. Bila 'senang' Allah dilupakan, bila 'susah' Allah yang dicari.


    ~Credit : image taken from here.~



    Ujian Rezeki

    Setiap dari kita ada rezeki yang tersendiri. Namun dalam urusan rezeki ini juga ada ujian yang Allah turunkan. Murah rezeki dan berat rezeki. Itu perumpamaan yang dicanangkan oleh orang-orang lama. Seperti 'Ujian Hidup' inilah 2 fasa dalam Ujian Rezeki. Harta, kerjaya, jodoh dan anak adalah antara contoh rezeki yang paling dekat dengan kita. 


    Bagi yang diuji dengan 'murah rezeki', maka segala yang diinginkan pasti mudah untuk dikecapi dan dipermudahkan Allah. Rezeki harta - sudah kaya bertambah kaya. Rezeki kerjaya - senang dinaikkan pangkat dan gaji. Rezeki jodoh - urusan mencari pasangan hidup berjalan lancar. Rezeki anak - dikurniakan zuriat yang ramai. Tapi berapa ramaikah yang bersyukur dengan nikmat ujian 'murah rezeki' ini? Realitinya, ramai yang terlupa untuk bersyukur.


    Bagi yang diuji dengan 'berat rezeki' pula, terpaksa menerima hakikat dan redha dengan ketentuan dan ujian yang diberikan oleh Allah. Rezeki harta - tetap hidup miskin. Rezeki kerjaya - sukar mendapatkan pekerjaan. Rezeki jodoh - urusan mencari pasangan hidup menjadi sangat sukar. Rezeki anak - tidak dikurniakan zuriat. Namun, ujian-ujian ini sepatutnya menjadi pemangkin untuk terus berusaha memperbaiki diri. Terus berdoa kepada Allah, bertawakal dan cari jalan terbaik untuk cuba merungkai ujian 'berat rezeki' tersebut. Bukannya hanya berteleku mengharapkan keajaiban berlaku.


    Sesungguhnya Allah akan 'membuka jalan' yang lebih luas untuk mereka yang sentiasa bersyukur dan berusaha. Rezeki adalah rahsia dan kurniaan dari Allah. Dengan kehendakNya tidak mustahil mereka yang 'murah rezeki' akan diuji dengan 'berat rezeki' dan begitulah sebaliknya. Jadi kita perlu sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku.


    ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


    Pendek kata, ujian hidup dan rezeki kita adalah ketentuan dari Allah. Ujian Allah kepada semua adalah tanda Allah sayang. Walau bagaimanapun, jika kita berusaha untuk mengubah diri dan kehidupan kepada yang lebih baik, pasti Allah akan mempermudahkan segalanya. Yang penting kita tidak pernah lupa untuk memohon petunjuk dariNya dan mensyukuri setiap kurniaan ujian yang diturunkan. 


    Jadi, janganlah selalu sangat merungut jika ditimpa ujian hidup dan rezeki kerana itu adalah peringatan Allah buat kita. Dan jangan sesekali membandingkan diri kita dengan orang lain. Tak betul tu. Membandingkan hanya akan membuatkan kita jadi putus asa dan tidak redha dengan ujian dari Allah. Lagipun ujian hidup dan rezeki kita adalah berbeza. Sentiasalah bermuhasabah diri. Itulah yang terbaik. 



    Bisik2 :: Peringatan buat diri sendiri juga yang kadang-kadang selalu 'termerungut'. Huhu. T_T

    Viewing all 249 articles
    Browse latest View live